Selamba! Itulah yang boleh dikatakan kepada kanak-kanak perempuan yang mencuri bertih jagung milik Putera Harry.
Putera Harry, 33 menghadiri acara perlawanan The Invictus Games (sukan khas untuk orang kelainan upaya), UK melawan Denmark di acara bola tampar. Namun bukanlah aksi sukan itu yang menarik mata media tapi gelagat seorang kanak-kanak dan Putera Harry jadi tumpuan.
Kanak-kanak itu merupakan anak perempuan kepada David Henson iaitu bekas atlit The Invictus Games yang kehilangan dua belah kaki akibat kesan peperangan di Afghanistan pada 2011.
Lihat bagaimana Emily Henson yang berusia dua tahun bijak mencuri bertih jagung tanpa disedari Putera Harry.
Tidak lama kemudian, Emily kantoi dengan Putera Harry dan mereka mula bermain bersama. Tak sangka Putera Harry pandai buat mimik muka yang melucukan, mungkin ini sebab praktis bersama Putera George dan Puteri Charlotte agaknya.
Pasti gambar-gambar ini bakal jadi kenangan buat si kecil Emily bersama Putera Harry suatu hari nanti!