Fesyen, Lookbook

The Weeknd Perkenal Koleksi Lengkap Untuk Fesyen Musim Luruh Bersama H&M

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
The Weeknd Perkenal Koleksi Lengkap Untuk Fesyen Musim Luruh Bersama H&M

Menerusi sebuah pos di Instagram, The weeknd tampil berkongsi tentang kolaborasi terkininya bersama dengan H&M menghasilkan koleksi pakaian lelaki buat kali yang kedua!

Foto -Arkib Wanista

Khas untuk muism luruh 2017, setiap helaian terpilih adalah merangkumi cita rasa fesyen kegemaran The Weeknd.

Foto -Arkib Wanista

Diperbuat daripada fabrikasi mewah seperti satin mudah regang, kapas dan banyak lagi. Manakala palet warnanya pula adalah berasaskan rona-rona gelap yang menonjol seperti kelabu, ungu, merah hati dan lain-lain.

Foto -Arkib Wanista

 

BACA  Makin Tua Makin Segak, Keanu Reeves Jadi Wajah Baharu Jenama Saint Laurent

Rekaannya pula adalah menjurus kepada pemakaian santai menerusi padanan helaian jaket, baju panas, hoodie serta baju-T.Ā 

Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www2.hm.com/theweekndcollection] atau lawat laman Facebook H&M Malaysia di [www.facebook.com/hmmalaysia].

Tonton Teaser #TheWeekndxHM

@hm Fall Collection ! ???

A post shared by The Weeknd (@theweeknd) on

Koleksi The Weeknd x H&M ini boleh dibeli dari lgedung atas talian H&M mahupun di beberapa cawangan H&M terpilih di seluruh Malaysia bermula 19 Oktober nanti.