Ada kasut Converse? Penulis rasa setiap orang miliki sepasang kasut Converse bukan?
Kasut Converse sudah menjadi ikon fesyen sejak ia diperkenalkan lagi, jika dahulu hanya dipakai sebagai item atlit bola keranjang kini ia boleh dipakai sesiapa sahaja. Ia dikategorikan sebagai fesyen kasual dan ringkas malah selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Peredaran fesyen sering berubah-ubah tapi masih ramai lagi yang takut untuk mengayakan Converse dalam gaya lain selain jeans dan Converse. Betul, ia fesyen selamat untuk mengenakan kasut klasik itu tapi tidakkah anda bosan?
Pada anda yang masih lagi ragu-ragu untuk gabungan baru fesyen kasut Converse dalam helaian lain di dalam almari mu.. Mari lihat koleksi gambar fashionista pasti sedikit sebanyak beri idea baru untuk anda tampil berbeza dengan sarungan Converse.
Jumpsuit + Converse
Kasut converse dan jumpsuit buat penampilan tampak lebih kemas dan smart.
Skirt Kembang + Converse
Bak little princess dengan skrit kembang, namun menyarung kasut converse beri aura anda seorang little princess yang luar biasa.
Stokin Hitam + Converse
Seksi habis! Stokin jarang hitam ini sememangnya beri tumpuan mata untuk melihat pada kaki anda. Pada masa yang sama kasut Converse anda juga mendapat tumpuan.
Dress Labuh + Converse
Siapa kata dress labuh asyik kena pakai heels jer? Converse pun boleh tapi pastikan mengikut kesesuaian majlis ya.. Cuma pastikan kain tidak terlalu labuh sehingga menutup kaki, kerana pergerakan boleh terganggu.
Little Black Dress + Converse
Tak hilang keanggunan hitam anda, malah tampak lebih comel…tambahkan jaket atau kardigan untuk elemen chic.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka idea kreatif untuk menyerlahkan lagi gaya dengan kasut Converse. Jangan sesekali takut untuk mencuba!