Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan kami!
Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, berkata: “Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua-dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami. Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum.”
Koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama-rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau.
Bukan itu sahaja. Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.