Tips

3 Step Paling Mudah Untuk Perfect Selfie Menurut EXO Suho

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
3 Step Paling Mudah Untuk Perfect Selfie Menurut EXO Suho

Perfect Selfie merupakan idaman setiap orang, lebih-lebih lagi orang perempuan. Tapi kaum lelaki pun tak kalah juga kalau bak selfie. Cepat mengaku?

IKLAN

Okay penulis nak tanya, selalu berapa banyak selfie yang anda ambil bagi mendapatkan yang paling the best? Lebih daripada seratus, seribu? Wow banyaknya!

Tapi kalau masih tak berjaya, tak apa sebab EXO Suho mendedahkan 3 langkah ajaibnya untuk mendapatkan perfect selfie. Paling mudah, percayalah!

Pertama, Suho menjelaskan bahawa penting untuk mendapatkan filter yang lebih cerah.

Foto – Koreaboo

Baca: Ini Instagram Filter Yang Paling Selebriti Suka Guna Untuk Selfie

Kedua, cuba untuk mengambil selfie dari pelbagai sudut.

Foto – Koreaboo

“Saya mengambil selfie dari banyak sudut yang berbeza. Tetapi secara keseluruhannya, ia kelihatan lebih baik apabila selfie diambil dari atas. Ia akan menjadikan bentuk muka lebih kecil dan runcing.”

Yang terakhir pula, Suho mendedahkan bahawa dia mengambil selfie sebanyak mungkin bagi mendapatkan gambar terbaik.

Foto – Pinterest

“Anda tidak boleh mengambil sekali sahaja. Sama ada anda mengambil potret atau apa, lebih banyak lebih baik. Kadang-kala selfie lebih baik jika diambil candid.”

IKLAN

Walaubagaimanapun, menurut Sehun, Suho miliki wajah yang kacak, disebabkan itu setiap selfie-nya sentiasa terbaik.

Setuju dengan Sehun, kalau seseorang dah mukanya elok, angle mana sekalipun tetap nampak elok.

SUMBER