Untuk tiga tahun berturut-turut, Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia bekerjasama dalam program pendidikan masyarakat FATCHECK for a Healthy Heart – dengan pelancaran kempen ‘Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’. Kempen ini diadakan tanda menyokong sambutan Hari Jantung sedunai oleh Persatuan Jantung Sedunia pada 29 September, yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit kardiovaskular.
Sejajar itu, kempen ‘Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat’ telah menerbitkan video advokasi dan akan menyiarkan satu siri berunsur pendidikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovaskular dan impak terhadap rakyat Malaysia.
Ia akan memaparkan tentang enam cara pengubah hidup untuk mengamalkan gaya hidup mesra-jantung yang mencerminkan amalan berisiko yang telah dikenalpasti oleh WHO. Ini termasuk:
- Mempunyai gaya hidup yang aktif dari segi fizikal
- Tidak merokok
- Menangani tahap tekanan dalam hidup
- Mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar tetap
- Makan diet yang sihat; dan
- Mengamalkan cara memasak rendah-lemak yang mesra-jantung, dengan menggunakan kaedah airfry semasa menggoreng.
Menurut Mary Easaw, Ketua Pakar Pemakanan di IJN, kunci bagi pemakanan mesra-jantung adalah diet yang seimbang secara sederhana dan mempunyai kepelbagaian. Diet tinggi-lemak paling memudaratkan kerana ia akan mengakibatkan berat badan berlebihan, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi – kesemuanya penyumbang kepada serangan jantung.
Bermula pada tahun 2015, inisiatif pertama FATCHECK memaparkan kakitangan IJN yang menggalakkan masakan rendah lemak dan mesra-jantung dalam buku resepi ‘Heart-y Meals: Smart Guide To Guilt-Free Cooking’. Pada tahun 2016, program ini menunjukkan betapa mudahnya menyediakan masakan rendah lemak dan mesra-jantung ke dalam gaya hidup. Tahun ini, program FATCHECK for a Healthy Heart mendorong rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan enam cara holistik ke arah gaya hidup yang mesra-jantung.
Untuk maklumat lanjut mengenai program FATCHECK for a Healthy Health, layari www.fatcheck.my atau www.facebook.com/MyFatCheck.