Drama yang paling dinantikan kini telah tiba!
Menerima sentuhan pengarah Doctors dan My Love from the Star, dan penulis Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, While You Were Sleeping menampilkan bintang handalan Korea Lee Jong Suk dan Bae Suzy sebagai tuning utama.
Drama ini merupakan kolaborasi kali ketiga di antara Lee Jong Suk dan penulis Park Hye Ryun di mana drama bersiri mereka sebelum ini, Pinnochio dan I Can Hear Your Voice, berjaya mendapat sambutan hebat daripada penonton.
Apa kelainan yang ditampilkan kali ini? While You Were Sleeping merupakan drama penyiasatan dengan jalan cerita yang tidak dijangka. Ia menceritakan kisah seorang wartawan yang menganggur, Hong Ju (Bae Suzy) yang mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu kejadian buruk dalam tidurnya. Berharap untuk mengelakkan mimpi buruk itu menjadi kenyataan, Hong Ju bekerjasama dengan pendakwa Jae Chan (Lee Jong Suk) untuk menghalang kejadian daripada berlaku.
Bukan itu sahaja, satu lagi highlight adalah kemunculan Suzy berambut pendek yang banyak diperkatakan. Dilaporkan, untuk memantapkan lagi watak yang dimainkan, Suzy mengambil keputusan memotong pendek rambutnya buat pertama kali sejak debut.
Baca: Suzy Tampil Berambut Pendek Dalam Drama Baru “While You Were Sleeping”
While You Were Sleeping akan ditayangkan di ONE bermula 27 September, diikuti episode-episod berikutnya pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea.