Setiap wanita yang sentiasa memakai mekap pasti tahu mereka terpaksa menempuh langkah terakhir yang paling MALAS. Iaitu membersihkan mekap sebelum tidur. Jika ditanya mana-mana wanita pasti ada diantara mereka yang pernah tidur dengan mekap. Eueeuwww sangat!
Ingat, tidur bersama mekap boleh menjejaskan keadaan kulit. Bayangkan baketria, kotoran dan peluh bakal membiak didalam pori-pori kemudian terus poff jadi bintik putih, hitam seterusnya ketulan jerawat.
Namun ramai pula yang ambil jalan mudah dengan hanya membersihkan mekap dengan menggunakan makeup remover atau makeup wipes dan siap! Tanpa mencuci muka dan memakai produk penjagaan kulit.
Tanggapan tentang cukup dengan membersihkan mekap bersama makeup remover atau makeup wipes adalah silap. Terutamanya makeup wipes yang kasar dan boleh mencederakan permukaan halus khasnya ketika menanggalkan eyeliner dan maskara. Idea paling terbaik untuk menggunakannya ialah dengan membiarkan selama 15 saat di bahagian mata dan sapu perlahan-lahan.
Membersihkan mekap dengan makeup wipes adalah cara yang paling tidak efektif. Ia hanya membersih permukaan atas kulit dan tanpa anda sedar, anda membawa kotoran mekap dan bakteria terus kedalam kulit ketika mengelap. Lebih teruk, kesan dari terlalu kerap menggunakan makeup wipes untuk mendapatkan kulit bersih boleh beri kesan garis halus, kedutan dan pigmentasi!
Perumpamaan paling senang pada siapa tak cuci muka selepas menanggalkan mekap seperti skip satu langkah…
Contohnya, anda membasuh baju tanpa membilasnya terus sahaja sidai diluar. Faham?
Siapkan diri anda dengan aura rajin kalau ingin kelihatan cantik, bersih dan sebagainya. Bentukkan disiplin dari dalam diri untuk menanggalkan mekap, membersih muka dan lakukan rutin penjagaan seperti penyegar dan pelembab.