Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaru V7+ di Malaysia. Ia telefon pintar berasaskan selfie yang dilengkapi kamera depan 24MP, flash LED serta paparan skrin penuh. V7+ mengetengahkan ciri-ciri fotografi, skrin luar biasa dan konsep ekspresi diri yang sesuai kepada golongan muda yang celik media.
Selain itu, Vivo juga melantik aktres hebat Malaysia, Janna Nick sebagai muka baru Vivo V7+. Jualan V7+ bermula pada 29 September 2017 dengan dua warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499.
Apa lagi yang ditawarkan oleh V7+?
Kamera hadapan 24MP
V7+ bakal beri gambar selfie sempurna dengan imej yang lebih jelas dengan kuasa kamera 24MP dan beserta flash LED. Ciri Face Beauty 7.0 lebih tampak semulajadi dan Potrait Mode pula mengaburkan latar belakang demi kontras dengan gaya selfie anda.
Skrin luas dan memuaskan
Paparan FullView 18:9 dengan skrin bersaiz 5.99 inci dan paparan visual 12.5%. Pengguna juga dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan dengan 84.4% nisbah skrin dan saiz badan senipis 2.15mm. Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang boleh menjamin pengalaman gaming tanpa gangguan.
Prestasi sistem operasi yang luar biasa
Dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi jaminan penggunaan yang lancar dan sempurna. Kualiti audio V7+ dipertingkatkan dengan cip audio AK4376A Hi-Fi untuk audio muzik luar biasa. Fungsi Funtouch 3.2 OS juga dilengkapi ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3 dan Face Acces, sekaligus menjadi V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.
Dapatkan Vivo V7+ di kedai-kedai konsep Vivo atau secara atas lain di Lazada.my.