Semalam Huawei mengumumkan inovasi telefon baharu model Huawei Nova 2i. Menampilkan beberapa ciri baharu termasuklah kamera quad dwi lensa serta paparan skrin penuh untuk berikan kenikmatan berganda kepada pengguna.
Hannah Delisha juga diumumkan sebagai duta untuk model telefon tersebut dan pada majlis pelacaran Huawei Nova 2i.
Saat ditemu bual, Hannah sendiri sempat berkongsi mengenai ciri yang paling diminatinya pada Huawei Nova 2i dimana menurut Hannah kamera telefon pintar berkenaan mampu memberikan hasil tangkapan selfie terbaik di samping video yang berkelas.
“Saya begitu teruja kerana terpilih menjadi wajah untuk Huawei Nova 2i melihatkan model telefon ini mewakili inovasi yang penuh gaya serta dinamik untuk para pengguna hari ini yang sangat mementingkan ketangkasan”.
Apa yang menarik, untuk si kaki selfie, Huawei Nova 2i turut dilengkapi beberapa filter foto terbaik serta aplikasi gambar yang bisa menambah seleksi tarikan pada foto-foto yang dirakam.
Sewaktu berlangsungnya majlis pelancaran semalam, Hannah juga sempat menyanyikan lagu tema bagi model telefon terkini daripada Huawei itu.
Akan mula diedarkan bermula 13 Oktober nanti, Huawei Nova 2i dijual pada harga RM1,299 dan ditawrakan dalam tiga rona menarik termasuklah Graphite Black, Aurora Blue dan Prestige Gold.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.huawei.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Huawei Mobile Malaysia di [www.facebook.com/HuaweimobileMY]