Memang teruja kalau dapat pergi melancong, lagikan melancong jauh ke negara orang dengan menaiki kapal terbang. Lagi tebal rasa perasaan tidak sabar untuk memulakan perjalanan bukan? Tapi dikala keterujaan itu kadangkala kita lupa tentang betapa pentingnya persiapan yang sempurna perjalanan holiday selesa dan paling penting selamat.
Selangkah keluar dari kediaman biasanya kita akan pastikan semua barang yang di-pack telah dibawa, namun bagaimana pula cara berpakaian? Adakah ianya sesuai untuk penerbangan anda?
Yup, memang tiada larangan untuk memakai apa sahaja semasa dalam penerbangan tapi khas untuk pembaca Wanista bagi penulis berkongsi tentang cara terbaik untuk kekal selesa dan bergaya pada 8 jam penerbangan. Teruskan membaca!
#1 Jangan Pakai Baju Favorite
Biasalah sekarang semua kena update di Instagram atau di Facebook. Pasti anda mahu nampak bergaya dengan outfit kegemaran untuk airport fashion lagak artis k-pop. Cuba bayangkan dengan keadaan tempat duduk kapal terbang yang sempit dan terhad (kecuali beli seat Business), perkara-perkara seperti kopi panas tertumpah, berkongsi tandas kapal terbang bukan suatu yang mustahil. Tak sayang ke dengan baju anda?
#2 Fesyen Summer?
Nak pakai seksi-seksi dalam kapal terbang tak takut sejuk ke? Keadaan udara didalam kapal terbang biasanya boleh jadi terlalu sejuk dan panas. Jadi tak perlulah nak pakai baju yang terlalu nipis atau tebal, cukup pakai baju yang boleh disesuaikan mana-mana suhu seperti t-shirt. Lebih bijak, kalau anda sediakan baju sejuk atau jaket takut suhu semasa penerbangan boleh jadi terlampau sejuk.
#3 Selipar Jepun
Siapa tak suka memakai sandal terbuka atau selipar sejuk yang memang selesa dipakai lagikan ketika perjalanan yang panjang. Tapi jangan menyesal, kadangkala suhu didalam kapal terbang tidak menentu boleh menyebabkan anda berpeluh dan sekaligus kaki jadi berbau! Nasihat penulis, pakai sneakers atau kasut bertutup untuk keselesaan anda dan penumpang lain.
#4 Baju Tidur
Oh god! Ini mesti kes nak tidur sepanjang penerbangan. Jangan sesekali buat perkara yang tidak senonoh ini kerana anda akan berhadapan dengan ramai orang dan terutamanya pegawai kastam.
#5 Seluar Leggings
Ramai yang pakai leggings sekarang kerana ia amat selesa dan sangat cute tapi jangan terkejut kalau anda tidak dibenarkan boarding atas alasan memakai leggings. Sumber dari The List, terdapat kes dari syarikat penerbangan United Airlines menghalang penumpang dari menaiki kapal terbang kerana memakai leggings. Jadi, sila pastikan dahulu dress code airlines anda.
#6 Pakai Minyak Wangi?
Tak lengkap kalau tak keluar rumah tanpa wangian. Cumanya jangan berlebihan sehingga menggangu persekitaran penumpang lain. Cukup dengan wangian ringan, sesudah sampai destinasi nanti baru sembur semula untuk kembali segar!
Rasanya tak perlulah tampil glamor bak ke acara anugerah ketika menaiki kapal terbang. Cukup dengan sense fashion yang selesa dan ringkas. Simpan dahulu baju-baju yang cantik mengerlip didalam bagasi anda. Mulakan percutian glamor seperti Rozita Che Wan setelah sampai di destinasi ya.
Bon Voyage!