Jenama Levi’s® telah mencipta pakaian ikonik yang digemari di seluruh dunia.
Susulan itu, Levi’s® memperkenalkan koleksi Levi’s® Altered untuk musim Luruh 2017 – koleksi yang melambangkan pendekatan kreatif untuk mengembalikan rekaan klasik.
Untuk koleksi lelaki dan wanita, kami membina dan mengubah semula (altered) padanan yang paling digemari, bagi menghasilkan helaian unik yang menzahirkan proses pengubahsuaian itu dengan perincian seperti kelim berpintal (twisted seams), pelindung poket duit syiling (covered coin pockets) dan tampalan serong (staggered shadow patches). Semua ini boleh didapati dalam pelbagai kemasan utama.
Untuk wanita, Levi’s® menghasilkan Jean Altered 711 serta 721. Semua rekaan ini menampilkan ciri kepelbagaian padanan dan menonjolkan proses pengubahsuaiannya – kelim berpintal, pelindung poket duit syiling, tampalan serong dan damak bersama kemasan warna terdiri daripada rona hitam hinggalah ke indigo. Harga di pasaran antara RM279 ke RM329.
Koleksi ini boleh didapati di semua kedai Levi’s® seluruh Malaysia mulai September 2017.