Jenama tangan Casio melancarkan sebuah jam tangan edisi terhad eksklusif untuk model siri MR-G.
Casio Malaysia melancarkan MRG-G2000HT yang hanya terdapat dalam 500 buah sahaja. Jam tangan metalik hitam ini antara koleksi premium dengan potongan siri MR-G dan juga rekaan kolaborasi Bihous Asano, pakar reka dari Jepun.
Uniknya rekaan jam ini ialah ia menggunakan teknik Tsu-i-ki Jepun iaitu kaedah kraf tradisional yang dengan kesan ketuk dari tukul. Ianya teknik pembuatan tangan yang digunakan untuk menyiapkan perisai askar pada zaman dahulu. Namun ia masih dipraktiskan sebagai komponen dalam pembuatan keretapi Jepun (Japanese Railway), keretapi laju (bullet train) dan kapal terbang.
Jam MRG-G2000HT memaparkan sistem Connected Engine 3-Way yang mempunyai 3 sistem menerima gelombang radio dan satelit serta boleh bersambung dengan internet melalui Bluetooth dari telefon pintar. Menariknya ianya mengemaskini secara automatik data dalaman zon masa dan kekal kemas kini sepanjang masa.
Warna kemas hitam ditambah dengan perincian biru gelap, diinspirasikan dari warna gelap laut dalam. Kualiti jam tangan Casio sehingga kini ditempah sehingga 100 juta buah dipasarkan ke seluruh dunia.