Hiburan

Pernah “Bercinta” Dalam Drama, 13 Pasangan Pelakon Korea Akhirnya Jadi Kekasih

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pernah “Bercinta” Dalam Drama, 13 Pasangan Pelakon Korea Akhirnya Jadi Kekasih

Fantasi percintaan yang wujud dalam drama-drama Korea pastinya membuatkan penonton berasa seolah-olah ‘dijampi’ kerana penangan mereka menjiwai watak sungguh realistik!

IKLAN

Umpama merpati dua sejoli, tidak dinafikan ramai di antara kita sebagai peminat dan penonton setia drama Korea mengharapkan pasangan bercinta dalam K-drama yang ditonton menjadi pasangan kekasih sebenar dalam dunia realiti.

Ini Wanista senaraikan 13 pasangan K-drama yang pernah berlakon bersama sebagai pasangan kekasih dan akhirnya jatuh cinta dalam dunia sebenar!

#1 Song Joong Ki & Song Hye Kyo

Sumber: Tumblr

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo adalah pasangan yang melahirkan bibit-bibit cinta mereka di dalam skrin menerusi drama bersiri epik kegemaran semua iaitu Descendants of the Sun. Selepas beberapa siri gosip percintaan mereka tersebar meluas ke serata dunia, sebaik pulang bercuti berdua-duaan dari Bali, mereka kemudian tampil membuat pengakuan mengejut untuk mendirikan rumah tangga Oktober nanti. #SongSongCouple

#2 Lee Min Ho & Park Min Young

Sumber: Dramafever.com

Pada tahun 2011 ketika sedang sibuk melakukan penggambaran City Hunters, bintang utama Lee Min Ho dan Park Min Young menjalinkan hubungan bersama selepas beberapa hari berlakon bersama. Bairpun begitu, mereka telah berpisah setahun selepas itu berikutan masing-masing sibuk membina karier dalam bidang lakonan yang penuh onak dan duri. 

Terkini, Lee Min Ho sedang berkasih dengan jelitawan Suzy Bae sejak 2015!

#3 Ji Hyun Woo & Yoo In Na

IKLAN
Sumber: Google Images

Pasangan ini mula bercinta ketika kedua-duanya bergandingan selaku teraju utama drama bersiri Queen In Hyun’s Man pada 2012. Walau bagaimanapun sekitar Mei 2014, hubungan mereka telah putus sebaik selepas Hyun Woo keluar daripada program khidmat negara ketenteraan yang disertainya. Ramai peminat beranggapan, ketiadaan masa untuk berjumpa sepanjang Hyun Woo menyertai program tersebut menggoyahkan hubungan mereka sehingga kedua-duanya berpisah.

#4 Ji Sung & Lee Bo Young

Sumber: Tumblr

Pasangan romantis ini bertemu dan jatuh cinta semenjak berlakon bersama dalam drama bersiri Save The Last Dance For Me. Bertemu buat kali pertama sekitar 2004 namun bercinta pada 2007 kemudian akhirnya masing-masing membuat keputusan untuk berkahwin pada September 2014! Foto-foto perkahwinan mereka menjadi bualan netizen bahkan telah dikurniakan anak pertama sekitar awal tahun lepas.

#5 Lee Chung Ah & Lee Ki Woo

Sumber: Elle

Bintang utama yang berlakon dalam drama bersiri Flower Boy Ramen Shop mendedahkan bahawa mereka sudah berpacaran sejak tahun 2013 lagi. Mereka mula bertemu pada tahun 2011 namun mengambil masa selama dua tahun untuk Chung Ah memujuk Ki Woo menjadi kekasihnya. Kini mereka sudah berkahwin dan masih bahagia bersama.

#6 Kim Soo Yeon & Lee Sang Woo

Sumber: Google Images

Bergandingan dalam drama MBC berjudul Happy Home, mereka mula berterus-terang mengenai hubungan mereka pada September tahun lepas. Baru-baru ini pada Jun lalu, pihak HM Entertainment dan Namoo Actors mengesahkan bahawa pasangan selebriti itu sudah pun berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

#7 Lee Dong Gun & Jo Yoon Hee

Sumber: Tumblr

Bertemu di set penggambaran drama The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop dan akhirnya memutuskan untuk menjadi pasangan sehidup semati awal tahun baru-baru ini sekitar Mei dan kini dikhabarkan bakal menimang cahaya mata! Jelas Lee Dong Gun, isterinya adalah kekuatannya untuk terus berubah menjadi orang yang lebih baik, lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang dia bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi. Tahniah!

#8 Han Ga In & Yun Jung Hoon

Sumber: Pinterest

Kedua-dua pelakon ini pernah bergandingan dalam drama Yellow Handkerchief dan percaya bahawa cinta itu datang tanpa diduga. Selepas beberapa ketika berkenalan, akhirnya mereka jatuh cinta sebelum berkahwin pada 2005. Kini mereka tersenarai sebagai antara pasangan bintang Korea yang popular!

#9 Kim Bum & Moon Geun Young

Sumber: dramafever.com

Kim Bun & Moon Geun Young bercinta menerusi drama Goddess of Fire namun berpisah sekitar Mei 2014.

#10 Lee Chun Hee & Jun Hae Jin

Sumber: Pinterest

Pasangan selebriti ini bertemu untuk berlakon bersama dalam drama hit Smile. Sehinggalah pada 2011, Lee Chun melamar Jun Hae untuk menjadi suri hatinya. Biarpun umur mereka mempunyai jarak 10 tahun, masing-masing melengkapi satu sama lain. Mereka sempat berbulan madu di Hawaii dan akhirnya dikurniakan anak perempuan sekitar Julai 2011.

#11 Eugene & Ki Tae Young

Bintang yang berlakon bersama dalam drama Creating Destiny ini mencipta haluan hidup bersama pada 2009. Seterusnya berkahwin pada Julai 2011 sebelum dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sekitar 2015! 

Sumber: Cosmopolitan

#12 Goo Hye Sun & Ahn Jae Hyun 

Mula menjalinkan hubungan selepas tamat berlakon bersama dalam drama bersiri Blood, pasangan ini antara pasangan selebriti Korea yang sering diagung-agungkan ramai dan tidak lama selepas bercinta, lebih kurang sebulan selepas itu mereka tampil mengumumkan hajat untuk berkahwin. Ternyata pasangan ini memang memiliki cinta yang utuh untuk satu sama lain!

Sumber: Pinterest

Mereka berkahwin pada tanggal 21 Mei (sambutan “Couple Day” di Korea) dan kini memiliki seorang anak lelaki.

#13 Jang Dong Gun & Go So Young

Sumber: koogle.tv

Hubungan mereka membuktikan mereka sesungguhnya tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Bertemu sewaktu berlakon bersama dalam drama Love Wind Love Song pada 1999, namun proses perkenalan mereka bermula hanya sebagai sahabat rapat. Beberapa tahun kemudian, barulah mereka berjumpa kembali di Los Angeles, pergi makan malam bersama sebelum berpacaran selama dua tahun sejak 2009, lalu memutuskan untuk berkahwin pada 2010. Kini mereka mempunyai dua orang anak.

Bonus!

Rain & Kim Tae Hee

Sumber: Harper’s Bazaar

Pasangan ini memiliki cerita cinta yang paling kontroversi kerana secara tiba-tiba, Rain mengumumkan berita perkahwinannya bersama pilihan hati, Kim Tae Hee, menerusi gambar surat tulisan tangannya yang dimuat naik ke akaun Instagram pada Januari awal tahun ini. Tidak lama selepas itu, mereka berkahwin dalam majlis kecil-kecilan di sebuah Gereja Katolik di daerah Seoul.

Sumber: Pinterest

Mereka bertemu bukan kerana pernah bergandingan bersama dalam drama sebaliknya ketika melakukan penggambaran sebuah iklan komersial untuk Coupang pada 2011. Dengar kata lagu berjudul “The Best Present” nyanyian Rain adalah hadiah tulus hatinya buat Kim Tae Hee. So sweet!

Tonton MV The Best Present Nyanyian RAIN

So… couple mana yang menjadi favorite korang?

RUJUKAN 1, 2, 3