Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba, Samsung perkenalkan peranti baharu yang merupakan inovasi terkini untuk edisi Note iaitu Samsung Galaxy Note8!
Dilengkapi dengan ciri-ciri sebuah telefon pintar alaf baru, lebih menarik apabila fungsi pena elektronik S Pen milik Note8 ini telah dinaik taraf.
Selama ini, Samsung komited untuk menerapkan telefon pintar edisi Note dengan seisi ciri terbaik untuk bantu pengguna menyempurnakan tugasan harian secara versatile Note8 kini lebih maju dengan fungsi moden yang mampu memberikan kenikmatan berganda buat para pengguna dan pengikut setianya.
Bintang Running Man Korea Song Ji-Hyo pula dipilih menjadi wajah Note8 yang turut hadir sama-sama memeriahkan majlis pelancarannyadi Pavilion KL tempoh hari.
Selain menawarkan fungsi dwi kamera terbaik untuk hasilkann rakaman foto profesional, S Pen baharu yang hadir bersama edisi terkini Note ini membolehkan pengguna menghantar “Live Message” seterusnya menyumbang pembaharuan dalam sistem komunikasi dunia.
Tutorial Menggunakan S Pen Untuk Fungsi Live Message Pada Samsung Galaxy Note8
https://www.youtube.com/watch?v=H_iLQc5dGBQ
Paparan skrin pada Note8 adalah paling besar dengan memanfaatkan teknologi Infinity 6.3 inci Quad HD+ Super AMOLED, bahkan rekaannya yang lebih nipis juga menjadikan pengguna selesa saat menggenggamnya menggunakan sebelah tangan. Tak perlu lagi menatal (scroll) dengan kerap!
Selain itu, Samsung Galaxy Note8 juga adalahkalis habuk, memiliki sistem pengecasan tanpa wayar yang pantas, diterap dengan enam fungsi keselamatan termasuklah cap jari dan mata serta ruang memori yang lebih besar iaitu sehingga 256GB.
Tonton Video Pengenalan Samsung Galaxy Note8
https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=RKYjdTiMkXM
Ternyata Samsung Galaxy Note8 memberi peluang kepada individu hari ini untuk menyelongkar rahsia dunia dengan melakukan perkara yang lebih ‘besar’.
Untuk keterangan lanjut sila klik [www.samsung.com/my], atau lawat laman Facebook rasmi Samsung Mobile Malaysia di [www.facebook.com/samsungmobilemalaysia].