Bila bercakap tentang kecantikan, wanita hanya menumpukan sepenuh perhatian pada penjagaan wajah. Namun sering kali kita lupa tentang penjagaan kulit tangan yang sebenarnya jauh lebih cepat menampakkan penuaan!
Seperti heroin filem hit “Pretty Women”, Julia Roberts dalam sebuah temu bual beliau pernah berkongsi satu resipi tentang kecantikan tangannya.
Julia Roberts memakai cincin perkahwinannya, pemberian suami Daniel Moder
Apa yang beliau lakukan adalah mudah bahkan sangat berhasil untuk buatkan tangan jadi lembut dan terlihat cantik jika selalu diamalkan.
Tuang sahaja minyak zaitun extra virgin ke dalam mangkuk lalu rendamkan tangan didalam mangkuk yang berisi minyak zaitun itu selama beberapa minit.
Memang pelik namun it really works guys!
Dalam masa yang sama, kuku pun akan jadi lebih kuat dan bersinar.
Mungkin anda pun boleh cuba lakukan petua ini di rumah!
Selamat mencuba! ❤️