D.I.Y

3 Cara DIY Dengan Pom Pom!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
3 Cara DIY Dengan Pom Pom!

Pom pom! Siapa yang tak suka pom pom ni kan? Warna-warni dan comel pula tu.

IKLAN

Selalunya pom pom ni akan digunakan sebagai perhiasan di majlis-masjlis keramaian dan terkini, ia juga diterapkan sebagai perincian fesyen yang menarik.

Kita sering bingung dan berasa bosan dengan item fesyen yang sudah lusuh dan lama. Nak buang sayang, tapi kalau nak pakai pula mesti nampak tak cantik. 

Jadi ini 3 idea helah yang Wanista nak kongsikan macam mana anda boleh ubah kasut, bag dan baju yang boring kelihatan baru semula.

#1 Beg

Tak perlu beli beg yang mahal-mahal. Cari rekaan beg kegemaran anda yang permukaannya bebas daripada sebarang corak atau perhiasan.

Sumber: thestripe.com

Beli pom pom daripada mana-mana kedai kraf atau di Daiso. Jangan lupa beli gam versatile yang mudah melekat kuat pada permukaan-permukaan kasar. Kalau korang nak guna hot glue gun pun boleh juga.

Sumber: thestripe.com

Akhir sekali lekat pom pom korang mengikut cita rasa. Korang penulis, penuis suka gaya bersepah macam ni. Siap! Beg yang boring dah nampak lebih menarik kan?

Sumber: thestripe.com

#2 Baju

IKLAN

Kalau korang ada baju-T yang kosong atau kemeja atau apa jenis baju yang lama dan polos tu… Boleh lah guna untuk DIY ni.

Sediakan benang dan jarum bersama helaian baju pilihan.

Sumber: refinery29.com

Jahitkan pompom pada bahagian baju mengikut cita rasa dan siap! Nampak lebih menarik kan?

Sumber: refinery29.com

#3 Kasut

Nak beli baru belanjaya mungkin lebih mahal. Jadi ada baiknya anda hias sahaja kasut lama anda dengan pom pom so that it looks good as new!

Sediakan hot glue gun, sepasang kasut lama dan pom pom yang terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Kalau korang nak guna satu warna je pun boleh. 

Sumber: thestylesafari.com

Panaskan pistol gam. Kemudian mula susun dan tampalkan pom pom pada bahagian kasut yang dikehendaki.

Sumber: thestylesafari.com

Hasilnya, korang pun mesti teruja bila tengok. Stail kasut macam ni memang cantik bila dipadankan dengan jeans dan kemeja simple untuk gaya santai bersahaja di hujung minggu!

Sumber: thestylesafari.com

Senang je kan? Cuba DIY pom pom ni untuk perbaharui item fesyen korang yang dah lapuk tu okay?

Selamat mencuba! ❤️