Oh la la la…
Terkini, Kylie Jenner dilaporkan hamil.
Sumber terdekat memberitahu Majalah People bahawa bintang realiti yang berusia 20 tahun itu sedang hamil anak teman lelakinya, Travis Scott.
“Mereka mula memberitahu kawan-kawan rapat beberapa minggu yang lalu. Keluarga juga sudah lama mengetahuinya, yang pasti Kylie dan Travis sangat teruja akan berita kehamilan ini!”, jelas sumber tersebut.
Bahkan juga, Scott mula memberitahu rakan-rakan tentang kehamilab Kylie pada bulan Julai lalu.
“Dia begitu teruja dan sangat menyayangi serta mahu melindungi Kylie sejak mengetahui berita tersebut. Dia tidak sabar untuk menjadi seorang bapa,” jelas sumber tersedekat itu lagi.
Kylie sendiri terkejut apabila mendapat tahu berita kehamilannya tetapi tetap gembira kerana dia sememangnya mahu menjadi seorang ibu pada usia muda.
Walaubagaimanapun, wakil publisiti Kylie Jenner dan Travis Scott sehingga kini tidak memberi sebarang komen sejak berita ini tular di internet.
Jenner mula bercinta dengan rapper Travis Scott sejak awal tahun ini selepas berpisah dengan Tyga pada April tahun lepas.
Apapun sama-sama kita tunggu berita rasmi dari pihak mereka sendiri.