Lelaki sangat dikenali dengan ayat-ayat manis yang selalu keluar dari mulut mereka. Tidak mustahillah kalau mereka digelar sweet talker. Walaubagaimanapun, bukan semua ayat yang keluar dari mulut lelaki itu benar-benar dimaksudkan, jadi kaum wanita harus berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.
Kaum wanita juga harus tahu maksud sebenar setiap ayat yang dikeluarkan oleh lelaki. Ada kalanya, ia seakan-akan memuji padahal dia sedang menyindir anda tanpa anda sedari.
Jadi hari ini penulis ingin berkongsi beberapa maksud di sebalik ayat-ayat yang biasa digunakan oleh kaum lelaki.
Katanya : “Awak memang seorang kawan yang baik!”
Maksud : Anda janganlah menaruh harapan yang tinggi kerana peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa buat si dia adalah sangat tipis. Dia hanya menganggap anda sebagai temannya dan tak lebih dari itu. Tapi, jangalah pula anda bermasam muka dengannya ye!
Katanya : “Jom jumpa! Saya jumpa awak dekat sana terus ye.”
Maksud : Tidak kira sama ada menerusi telefon ataupun sms, dia tidak bersungguh-sungguh ingin berjumpa anda malah mengambil jalan mudah untuk jumpa anda. Tidak bersifat gentleman. Barangkali dia kurang berminat dengan anda dan anggap anda sebagai teman biasanya sahaja.
Katanya : “Semalam keluarga saya ada tanya pasal awak.”
Maksud : Dia serius dengan anda. Lelaki yang memperkenalkan teman istimewanya kepada keluarga biasanya mereka betul-betul serius dalam perhubungan.
Katanya : “Jom hang-out sama-sama.”
Maksud : Si dia mungkin tertarik dengan anda dan mahu meluangkan masanya dengan orang yang telah mencuri hatinya itu. Ini juga salah satu cara dia mendekati diri anda. Bak kata orang menyelam smabil minum air!
Katanya : “Kenapa baru sekarang kita kenal? Kenapa tak dari dulu?”
Maksud : Wah nampaknya si dia betul-betul jatuh cinta dengan anda. Mungkin si dia mengagumi diri anda dan mahu mengenali anda dengan lebih mendalam.
Katanya : “Setakat nak jumpa kawan je pun. Buat apa nak pakai lawa-lawa?”
Maksud : Si dia cemburu kerana ada orang lain dapat lihat kecantikan anda. Si dia takut anda dikacau atau digoda oleh orang lain.
Katanya : “Saya perlukan ruang.”
Maksud : Ayat yang paling digeruni oleh setiap pasangan! Ayat ini bermaksud anda terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada hubungan anda. Si dia benar-benar mahukan ruangnya sendiri dan tidak mahu diganggu oleh anda. Dia benar-benar sudah bosan dan tidak mahu teruskan hubungan dengan anda.
Sekarang dah jelas?