Pernah terfikir tak dalam penerbangan yang panjang, anda boleh menikmati waktu tidur umpama berada dalam bilik hotel mewah bertaraf lima bintang?
Qatar Airways baru-baru ini mengumumkan pelancaran fasiliti katil untuk dua orang dalam penerbangan kelas perniagaan yang ditawarkannya.
Seperti bilik, kemudahan yang dipangggil Qsuite itu membolehkan penumpang merapatkan jurang antara dua kerusi bersebelahan, lalu menjadi katil sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, penghadang yang ada dikelilingnya juga bisa diubah menjadi sebuah ruang bilik yang menjanjikan lebih privasi, khas buat penumpang yang mahu melelapkan mata sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Inisiatif ini menjadikan Qatar Airways sebagai penerbangan mewah pertama di dunia yang menawarkan servis seumpamanya untuk penerbangan kelas perniagaan.
Tonton Video Pengenalan Qsuite oleh Qatar Airways
Ciri berkenaan boleh dinikmati dalam pesawat jenis Boeing 777 dari London Heathrow ke Doha dan dalam masa terdekat, serivis itu juga mungkin akan diperkenalkan untuk penerbangan dari Paris ke New York pula.
Selain Qsuite, para penumpang yang menikmati pernerbangan bersama tiga ahli keluarga yang lain boleh menikmati tempat duduk khas yang membolehkan empat penumpang duduk bersama secara berhadapan dalam keadaan ruang yang lebih privasi serta mesra keluarga. Ini memudahkan penumpang yang melancong secara berkumpulan.
Sebelum ini, katil untuk dua orang juga pernah diperkenalkan dalam penerbangan kelas pertama Singapore Airlines untuk para penumpang pesawat jenis A380 Superjumbo pada 2007.