Dilaporkan, pewaris syarikat kosmetik L’Oreal, Liliane Bettencourt, disahkan meninggal dunia pada usia 94 tahun oleh keluarganya.
“Liliane Bettencourt meninggal dunia di kediamannya, malam tadi. Ibu saya pergi dengan aman,” kata anak perempuannya, Francoise Bettencourt Meyers.
Untuk pengetahuan anda, Bettencourt adalah pemegang saham utama L’Oreal dan Forbes melaporkan beliau adalah individu ke-14 terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan bernilai AS$39.5 bilion (RM165.82 bilion).
Walaubagaimanapun kelibatnya jarang kelihatan dalam khalayak sejak meninggalkan lembaga pengarah L’Oreal pada 2012.
Beliau diisytiharkan ‘tidak sihat’ untuk menguruskan dirinya pada 2011, susulan laporan kesihatan menunjukkan Bettencourt menghidap demensia dan Alzheimer sejak 2006.