Vogue Taiwan baru-baru ini berkongsi gambar yang memaparkan Song Ji Hyo sebagai muka depan untuk majalah tersebut edisi bulan September.
Mencuri tumpuan netizen apabila pelakon 36 tahun ini tampil sisi berbeza daripada biasa, Ji Hyo seksi mengenakan dress biru berkilau yang menampakkan lurah dada (cleavage).
Walaupun kelihatan malu-malu di depan kamera tetapi Ji Hyo tetap cantik dan yakin dari hujung rambut sehingga ke kaki.
Tak perlu diperkatakan lagi, Ji Hyo sememangnya nampak stunning mengenakan apa sahaja busana. Mungkin disebabkan itu Vogue Taiwan senang bekerja dengannya.
Wahhh seksinya Ji Hyo pakai short pants.
Ji Hyo pakai mekap atau tidak, tetap cantik.