Rangkaian jenama mekap Fenty Beauty kini melonjak lain kerana produk dan formula yang diperkenalkan memuaskan hati semua pelanggan dan peminatnya. Nama Rihanna kini kian gah dengan jenama mekap Fenty Beauty dan pastinya koleksi kolaborasi bersama PUMA untuk Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 juga membuat ramai ternanti-nanti.
Namun tidak semua perkara yang dilakukan Rihanna dapat menambat hati peminatnya. Rupanya ramai peminat beliau tidak menggemari rekaan kasut dalam Koleksi Fenty x PUMA Musim Bunga/Panas 2018.
Kenapa pula mereka tidak suka? Cuba anda lihat…
Tidak ada yang terasa kagum dengan gabungan selipar dan kasut tumit tinggi dalam koleksi ini. Malah bagi mereka ianya sangat hodoh dan kelihatan murah!
Selipar tumit tinggi ini didatangi dengan pelbagai warna dan diantaranya ditambah dengan aksesori ankle strap berlogo PUMA. Ramai peminat fesyen meluahkan rasa kecewa dan keliru dengan rekaan terbaru Rihanna ini.
Lmmfao I don't know what Rihanna was thinking but these Flip Flop Heels are ugly as hell. https://t.co/z147ZI0ipp
— J Mac 😈😈 (@RatedJahmere) September 12, 2017
https://twitter.com/itsMyaMarie/status/907404124337164288
https://twitter.com/LuckyAsssBitchh/status/907394940178755584
I will support everything @rihanna will do or will ever do in the future – except the Puma flip flop heels
— wryck (@wryckret) September 11, 2017
Namun ada jaga diantara mereka tetap menyokong rekaan penyanyi pop ini dan yakin untuk memakainya suatu hari nanti. Wow!
https://twitter.com/stylefoxlexx/status/907354307493863424
Something bout those Puma flip flop heels is oddly appealing to me. Idk if I would wear them but I feel like they can b rocked!🤔
— LB 👑♎️ (@DaRealestLav110) September 13, 2017
Sehingga kini, penulis turut keliru dengan selipar bertumit tinggi ini. Bila dilihat sekali lagi ia juga diterapkan gaya sporty dalam pilihan warna. Jadi apa sebenar kasut atau selipar ini?
Kalau anda, nak pakai tak?