Jurugambar profesional dan para peminat kamera sudah ternanti-nanti saat pengumuman kamera terbaharu dari Nikon yang sudah menyambut ulangtahun ke-100 sebagai pencipta momen sejak 1917. Sejajarnya dengan itu, Nikon memperkenalkan definisi baru dalam teknologi lensa iaitu Nikon D850.
Nikon D850 telah diperbaharui sensor popular FX-format D810 yang dilancarkan pada 2014, ia kini lebih versatil dan beri hasil gambar dan video lebih pantas dari biasa. Tidak kira apa jua jenis fotografi samada untuk perkahwinan, sukan, alam semulajadi atau komersial kini kegunaannya dalam satu kamera.
Lebih hebat kamera ini dikuasakan dengan sensor 45.7-megapixel CMOS dan kepantasan enjin-proses EXPEED 5. D850 juga lengkap dengan kapasiti video 4K UHD serta 4x, 5x video gerak perlahan dalam bentuk HD ditambah dengan produksi filem time-lapse 8K. Pengguna D850 lebih mudah untuk mengekpresi gaya visual kreativiti mereka yang boleh direkod dalam bentuk FX-based dan DX-based.
Nikon D850 bakal dipasarkan bermula September 2017 bersama AF-S NIKKOR 24-120mm f/4G ED VR, atau kamera tanpa lensa. Untuk maklumat lanjut tentang Nikon D850 dan produk Nikon yang lain di http://www.nikon.com.my/en_MY/about/product_news/nikon-d850 atau http://nikon-asia.com.