Review - Makanan

Review: Makanan Mewah TR Fire Grill Pavilion Yang Berpatutan

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Review: Makanan Mewah TR Fire Grill Pavilion Yang Berpatutan

Bila lihat sahaja dari luar dekorasi restoran yang eksklusif tampak elegan pasti dalam fikiran bermain dengan ayat ‘Mesti mahal makan kat sini’. Sangkaan itu biasa kita dengar pada sesiapa sahaja termasuklah pada diri penulis kalau pertama kali mencuba di restoran gaya mewah yang baru dibuka. Kadangkala kita silap restoran mewah yang menyajikan makanan lazat dan hidangan yang penuh tidak boleh dilabel mahal yang sepatutnya ialah berpatutan.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Penulis bertuah kerana dapat menikmati hidangan lazat dari restoran baharu di Malaysia iaitu TR Fire Grill yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Menariknya lagi nama TR Fire Grill hanya terdapat tiga sahaja didunia salah satunya di Pavilion, Kuala Lumpur. Restoran ini menyajikan menu barat ala American bistro dengan menggunakan tenaga chef yang berpengalaman luas. 

Bila anda ke TR Fire Grill, penulis syorkan untuk anda mencuba beberapa hidangan signature dari mereka…

Oven Baked Pizza Dip (RM25)

Oven Baked Pizza Dip. Foto – arkib Wanista.com

Gabungan dari keju buffalo, ricotta dan parmesan dibakar bersama pepperoni daging yang mengecurkan sebagai pembukaan menu. Ia enak disantap bersama garlic foccacia bread dan mencetuskan kejutan deria rasa anda. Makan bersama garlic bread atau tidak menjadi masalah kalau anda memang gilakan keju. Bayangkan makan topping pizza sahaja itulah yang dimaksudkan dalam Oven Baked Pizza Dip. 

Oven Baked Pizza Dip. Foto – arkib Wanista.com

Chicken & Waffles (RM38) 

Chicken & Waffles. Foto – arkib Wanista.com

Ayam dan waffle? Gabungan yang mungkin ramai kata ‘no, no’ tapi cuba dulu di Chicken & Waffles di TR Fire Grill. Daging ayam yang empuk yang punya aroma tersendiri memang tak sangka jadi sedap dimakan bersama waffle. Curahan sirap agave yang tidak terlalu manis cukup sesuai dengan gabungan yang agak asing bagi orang Malaysia. 

Salmon & Zoodles (RM59)

Salmon & Zoodles. Foto – arkib Wanista.com

Menu kreatif yang menyihatkan! Pasta untuk Salmon & Zoodles ialah dari zucchini yang telah disagat. Ikan salmon ditambah dengan sos dari asparagus, lada benggala merah, keju feta dan kacang pistachio Romesco. Hidangan yang berharga RM59 boleh beri 3 orang makan ianya sangat big size dan salmon yang mengenyangkan. Rasa? Tiptop ummphhh!

Salmon & Zoodles. Foto – arkib Wanista.com

1/2 Pound Sunday Morning Burger (RM38)

1/2 Pound Sunday Morning Burger. Foto – arkib Wanista.com

Siapa cepat dia dapat! Hidangan hanya boleh didapati pada brunch hour sahaja! Set burger yang dibuat sendiri di dapur TR Fire Grill Pavilion dan menariknya mereka menggunakan jem tomato yang juga dibuat sendiri. Masam manis tomato memang terasa disatukan pula dengan keju Amerika memang morning burger yang dicari-cari. 

1/2 Pound Sunday Morning Burger. Foto – arkib Wanista.com

Red Velvet Pancakes (RM25)

Red Velvet Pancakes. Foto – arkib Wanista.com

Hidangan pancake red velvet bersama kepingan bacon dan buah-buah tempatan? Sememangnya di TR Fire Grill anda boleh merasa hidangan yang dibuat lain dari lain tapi jangan risau ianya tetap menyelerakan. 

Red Velvet Pancakes. Foto – arkib Wanista.com

Chocolate Mayhem (Saiz kecil RM26)

Chocolate Mayhem. Foto – arkib Wanista.com

Syurga coklat… gabungan kek coklat, sos karamel kelapa, coklat mousse, coklat Snickers, coklat biji espresso, aiskrim coklat dan aiskrim kopi. Mana nak dapat satu pinggan ada semua ini?! Penulis cukup teruja untuk mencuba coklat biji espresso, ingatkan pahit sangat rupanya lagi sedap berbanding dengan kopi. 

Chocolate Mayhem. Foto – arkib Wanista.com

Asian Pear & Papaya Cobbler (RM20)

Asian Pear & Papaya Cobbler. Foto – arkib Wanista.com

Suka manis-manis buah tempatan? Bijak TR Fire Grill menyediakan menu pencuci mulut yang di infused rasa tempatan dan semestinya bersama aiskrim vanilla kegemaran ramai. Cuma hati-hati Asian Pear & Papaya Cobbler dihidang secara panas-panas dan aroma kayu manis yang terlalu memikat. 

Minuman (dari RM17)

Cucumber Strawberry Freeze. Foto – arkib Wanista.com

Dua minuman ini wajib anda cuba! Favourite penulis ialah minuman masam manis Cucumber Strawberry Freeze, ice blended dari timun, lemon, jus limau, delima dan kemudian ditambah puri strawberi. Untuk kanak-kanak, penulis cadangkan Toasted Marshmallow Float, air berkarbonat root beer bersama aiskrim vanila dan tiga marshmallow yang dibakar. 

Toasted Marshmallow Float. Foto – arkib Wanista.com
Toasted Marshmallow Float. Foto – arkib Wanista.com

Jujur penulis beritahu setiap hidangan dari TR Fire Grill memang cukup untuk sesuai untuk pelbagai acara bersama keluarga, rakan-rakan atau apa sahaja yang membabitkan bilangan yang ramai. Saiz hidangan menu TR Fire Grill kadangkala cukup untuk 4 orang dalam satu harga. Mahal? Seperti yang penulis beritahu sebelum ini ianya berpatutan.

 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Lokasi TR Fire Grill di tingkat 6 pusat membeli-belah Pavilion, KL. Ikuti Instagram https://www.instagram.com/trfiregrillmalaysia/ atau layari laman http://www.trfiregrill.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut mengenai latar belakang, menu lain TR Fire Grill.