Fesyen

Kim Raymond x Merrack Co: Espadrilles Mewah Dihiasi Batu Permata & Mutiara

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kim Raymond x Merrack Co: Espadrilles Mewah Dihiasi Batu Permata & Mutiara

Siapa yang tidak kenal dengan si tinggi lampai Kim Raymond yang merupakan isteri kepada pelakon Keith Foo ini. Biarpun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, cara percakapan yang manja serta perwatakan lemah-lembutnya buatkan orang terfikir yang dia masih bujang.

IKLAN

Jenama kasut yang dibangunkan dua anak Melayu iaitu Intan Khalid, Pengasas Merrack & Co bersama rakannya Fauzana Sidek sebagai pereka yang bertanggungjawab membawakan seleksi rekaan kasut terkini menerusi koleksi edisi terhad baru-baru ini menyunting Kim Raymond untuk berkolaborasi menghasilkan idea baharu yang lebih segar.

Belandaskan personaliti dan minat peribadi Kim Raymond, lahirlah koleksi Espadrilles Kim Raymond x Merrack & Co Beliau boleh dianggap sebagai wanita yang gemarkan gaya santai bersahaja namun masih mahu mengekalkan elemen estatik agar aura sofistikated itu sendiri dapat dipamerkan without trying too hard.

Kim Raymond x Merrack & Co. press preview. #kimraymondxmerrackco #merrackco #styledbykimraymond #espadrilles

A post shared by Kim Raymond (@kimchiraymond) on

Untuk pengetahuan semua, kasut sarung jenis Espadrilles seperti ini adalah kegemaran Kim. Katanya ia sangat selesa bahkan versatile dalam masa yang sama di mana, pemakai bisa menggunakan kreativiti dan cita rasa sendiri untuk memadankan kasut berkenaan dengan pelbagai pakaian kegemaran.

IKLAN

Kolaborasi Merrack & Co bersama Kim Raymond mengetengahkan dua koleksi istimewa termasuklah Black Edition dan Holiday Collection.

Black Edition

Menampilkan potongan rekaan yang lebih elegen dengan menggunakan fabrikasi baldu, tampak mewah apabila bahagaian atas kasut dihiasii batu permata serta taburan manik mutiara (korean glass beads).

 

Cantik dipadankan dengan seluar mahupun skirt untuk gaya santai dan semi-formal, Espadrilles Black Edition dari koleksi ini turut ditawarkan dalam rekaan kosong yang boleh dipakai oleh kaum lelaki!

Holiday Collection

Dihiasi batu permata jernih berkilau, fabrik yang digunakan juga adalah dari jenis baldu dan terdapat dalam dua pilihan berbeza termasuklah putih gading gajah (ivory) serta lavender.

Sangat berkelas, setiap pasang Espradrilles hadir dalam kotak berserta thank you card, dna secara eksklusifnya, Espadrilles Kim Raymond x Merrack & Co juga didatangkan bersama beg kalis habuk yang diperbuat daripada satin bagi memudahkan penyimpanan atau diguna ketika melancong.

Setiap Espadrilles yang dikeluarkan oleh Merrack & Co adalah berkualiti dari segi pilihan material mahupun penghasilannya. Setiap perincian adalah menggunakan jahitan tangan sekaligus memiliki nilai yang tersendiri kerana koleksi hadir dalam bilangan yang terhad.

Untuk keterangan lanjut sila klik [merrack.com] atau lawat laman facebook rasmi Merrack & Co di [www.facebook.com/merrackco]