Coklat KitKat bukan sahaja menjadi pilihan si kanak-kanak bahkan yang dewasa juga gilakan coklat waffle lemak manis ini. Tahniah Wanista ucapkan kepada kedai konsep KitKat “Chocolatory” pertama di Asia Tenggara kerana menyambut ulang tahunnya yang pertama.
Sejak pembukaannya pada tahun 2016, KitKat “Chocolatory terletak di Mid Valley Megamall, satu-satunya kedai konsep yang seumpamanya ini begitu cepat menjadi tumpuan penggemar coklat untuk merasai pengalaman gastronomik mereka sendiri serta untuk mencuba edisi khas yang sedia dibeli dihasilkan untuk memikat citarasa konsumer di Malaysia.
Dengan pelbagai pilihan ramuan premium seperti badam panggang, karamel kenyal, kepingan cili pedas dan ramuan lazat lain, KitKat “Chocolatory” menawarkan sebanyak 10,000 kombinasi perisa yang berbeza untuk pilihan pengguna. Di samping itu, penggemar coklat juga dapat memilih rangkaian kotak hadiah dalam pelbagai warna dan corak yang berbeza serta mesej dan imej tersendiri untuk menambah sentuhan peribadi yang menarik dalam rekaan coklat mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.KitKat.com.my.