‘Manners Maketh Man’ – Harry
Semalam diadakan tayangan perdana filem Kingsman: The Golden Circle filem sequel selepas Kingsman: The Secret Service. Jangan risau, penulis sendiri merupakan filem aksi dan yang paling penting penulis tonton filem Kingsman yang pertama sebanyak tiga kali!
Tonton trailer Kingsman: The Golden Circle
Seperti yang kita tahu (peminat Kingsman), Eggsy telah kehilangan Harry yang merupakan jurulatih dan seseorang yang paling rapat dengannya selepas keluarga. Jadi dia lebih berdikari dan didalam filem Kingsman 2 memang tidak banyak telatah ‘bodoh’ Eggsy. Ternyata watak Eggsy telah berkembang dengan lebih cepat dan mahir dalam membanteras jenayah. Walaupun begitu, penulis dahagakan sikap lucu Eggsy seperti dalam filem terdahulu. Hmmmm…
Misi Kingsman kali ini lebih sukar dan terpaksa meminta bantuan pusat perisikan jauh di Amerika Syarikat. Ini kelakar! Kalau di Britain, perisiknya semua mengekalkan sifat gentleman tapi di Amerika jauh bezanya! Aksi yang dimainkan oleh Ejen Whiskey buat penulis lebih tertarik dengan kemahiran bermain tali lasso dan teknik tembakan koboinya. Kalau anda tonton nanti pasti anda akan ternganga lihat Ejen Whiskey menggunakan tali lasso untuk memerangkap pejahat.
Membuatkan spy Kingsman sedikit tenggelam dengan kehebatan koboi. Alaaaa…
Bingkisan dari pengarah Matthew Vaughn tidak menghampakan dengan gerakan kamera dan kesan gambar yang sangat luar biasa dan perincian eleman pergaduhan diantara dua musuh dimain dalam satu masa. Setiap bait teknik tumbuk, tembak, tikam dan banyak lagi buat mata anda tidak berkelip untuk melihat.
Apa yang kurang menarik bagi penulis tentang Kingsman 2 kali ini ialah misi mereka. Misi risikan mereka untuk menyelamatkan dunia tidak ubah seperti misi pada Kingsman yang pertama. Jadi, mana-mana cerita perisik pun misinya agak cliche.
Tidak kisahlah apa yang si jahat lakukan kali ini, Kingsman tetap berentap melawan musuh dengan sut pakaian yang bergaya dan kacak walaupun hampir tertewas.
⭐️⭐️⭐️ bintang untuk Kingsman: The Golden Circle sebab penulis berharap selepas ini kemungkinan Kingsman 3 jalan cerita yang lebih berbeza dan aksi masih padat seperti yang ini. Hehehe…
Spoiler:
- Sir Elton John lagi banyak scene berbanding Channing Tatum
- Eggsy dah berpunya..
- Ramai mati!
Kingsman: The Golden Circle bakal ditayangkan pada 21 September 2017 dipawagam seluruh Malaysia. Dapatkan tiket anda ya dan selamat menonton!