Uncategorized

Perlu Ke? 5 Tanda Anda Kena Stop Guna Media Sosial

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Perlu Ke? 5 Tanda Anda Kena Stop Guna Media Sosial

Pernah tak anda terfikir untuk apa dan sebab utama anda wajib memiliki paltform sosial media? Adakah ianya semata-mata untuk berkongsi berita atau perkembangan baharu tentang kehidupan anda atau lebih dari itu?

IKLAN

Kata orang up-to-date, orang yang tidak punya media sosial sangat ketinggalan zaman dan lambat tentang apa sahaja yang berlaku didunia sekarang. Berpada-pada bila bercakap, soalnya sekarang lebih ramai perkara berlaku buruk berlaku kerana sosial media. 

Lihat sahajalah apa yang berlaku pada Kim Kardashian, sehingga dirompak kerana selalu mengemaskini status tidak kira masa atau tempat. 

BACA: Kim Kardashian Akui Tindakan Suka Menunjuk Kekayaan di Media Sosial Punca Dirompak

Apa yang ada didalam Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, WeChat dan lain-lain sehingga anda boleh menjadi hamba kerananya.. 

Foto – LinkedIn

Cuba anda lihat 5 petanda ini.. Adakah selama ini hanya anda berpura-pura kerana media sosial? 

#1 Plan percutian hebat semata-mata untuk menunjuk

‘Kalau takde aktiviti hujung minggu ni, mesti ramai ingat aku loser‘. Anda hanya mahu mengikuti aktiviti atau plan percutian kerana mahu mengabadikan ia untuk media sosial bukan kerana minat atau pengalaman sendiri. 

#2 Followers lebih tahu tentang anda?

Followers anda kemungkinan ada diantara mereka dari strangers. Lebih pelik mereka lebih tahu tentang aktiviti harian anda, makanan kegemaran anda berbanding orang yang terdekat dalam dunia realiti anda. Boleh nampak anda lebih ramai kawan imaginasi berbanding realiti. #SAD

Foto – Time Magazine
#3 Wajib pakai mekap bila kemana-mana sekalipun

Anda takut untuk kelihatan ‘biasa’ kerana anda selalu didalam dunia media sosial. Tak sanggup berhadapan dengan bare-face..nanti apa pula kata followers anda. 

IKLAN
#4 Beramah-mesra hanya kerana sosial media

Palsu sangat! Anda hanya beramah-mesra dengan orang sekeliling apabila kamera ditangan. SnapChat dan Instagram story perlu diupdate ketika anda sedang berbual-bual dengan kenalan. Off camera buat hal masing-masing. LOL! 

#5 Setiap gambar selebriti anda ingat

Tak tahu lah anda ini jenis stalker tahap dewa atau apa. Setiap genap kemaskini selebriti anda tahu, sampaikan teman-teman rapat anda hanya perlu rujuk kepada anda tentang berita-berita selebriti. 

Foto – The Sun

Kerana media sosial juga timbul sekumpulan artis yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ingatkan popular sampai ke petang, rupanya sendu di tengah gerimis. Gituhhhh… 

RUJUKAN