Memiliki gigi yang putih adalah idaman setiap manusia. Kita juga sudah diterapkan dengan ideologi bahawasanya, penampilan gigi putih itu cantik bahkan rata-rata individu telah dipengaruhi iklan-iklan pemutihan gigi yang buatkan kita rasa memiliki gigi putih adalah suatu kemestian… lebih-lebih lagi bagi seorang wanita.
Biarpun begitu, ramai antara kita terpedaya kerana proses pemutihan gigi tidaklah semudah dan semurah yang disangka. Sekadar menggunakan ubat gigi yang menjanjikan gigi akan putih dalam masa 2 minggu adalah auta semata-mata melainkan, jika individu hadir sendiri ke klinik gigi dan melakukan proses pemutihan yang dijalankan oleh pakar dengan menggunakan beberapa bahan kimia berkesan.
Seseorang disyorkan untuk melakukan pemeriksaan gigi berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali, namun ramai yang telah salah faham tentang konsep warna gigi yang kemudian dikaitkan dengan kesihatannya.
Ini penjelasan pakar mengapa gigi kuning adalah lebih kuat berbanding gigi putih.
Dipetik dari portal majalah Science Focus (BBC Focus Magazine), gigi yang kuat adalah dalam keadaan normalnya di mana, gigi normal adalah gigi yang berwarna kekuningan dan bukanlah yang putih berkilau seperti kebanyakan selebriti miliki.
Dalam gigi manusia terdapat beberapa lapisan termasuklah bahagian paling luar yang dipanggil enamel dan selalunya “enamel” ini berwarna putih kebiruan (lebih gelap dari putih salju).
Jika dilihat pada cermin dalam jarak dekat, anda pasti akan perasan bahawa lapisan enamel pada gigi anda adalah seperti kaca kerana ianya agak lut sinar sehingga bisa menampakkan lapisan dalam gigi yang dipanggil “dentin”. Dentin itulah sebenarnya yang membuatkan gigi nampak kuning kerana warna asli dentin adalah kekuningan atau bagi sesetengah orang lain, dentin mereka berwarna agak kelabu.
Rajah gambar menunjukkan keadaan gigi normal di mana, dentin boleh dilihat jelas menerusi lapisan enamel yang melindunginya kerana lapisan enamel adalah umpama rumah kaca yang jernih.
Jadi sekarang anda dah faham kenapa warna gigi yang normal adalah berwarna kuning? Yup! Pakar juga kata gigi yang kekuningan adalah lebih kuat berbanding gigi putih berkilau yang disebabkan rawatan pemutihan.
Memang gigi putih akan kelihatan lebih cantik namun penggunaan kimia pemutihan secara berlebihan hanya akan melemahkan struktur gigi.
Contoh gigi kuning yang normal dan sihat
Jika gigi anda adalah berwarna coklat seperti berkarat mahupun kuning pekat, itu mungkin disebabkan pengambilan makanan yang menghakis keadaan enamel gigi seperti kopi, makanan panas, masalah metabolisme, tabiat merokok dan sebagainya.
Contoh gigi kuning yang menandakan gigi telah terjejas disebabkan makanan atau tabiat merokok
Oh well, apa yang tuhan kurniakan pada kita… itulah yang terbaik sebenarnya. Tak perlu diubah-ubah lagi.
Baru penulis tahu gigi kuning itu normal dan sihat sebenarnya. Kuat pula tu! Korang macam mana?
Selamat beramal! ❤️