Peminat LEGONINJAGO kini bersedia untuk pengembaraan sempena tayangan filem ‘The LEGONINJAGO Movie’. Filem susulan kepada ‘The LEGO Movie’ dan ‘The LEGO Batman Movie’ menjanjikan gabungan elemen meta-humor dan aksi LEGO yang menyeronokkan. Sempena tayangan perdana itu, LEGO Malaysia menuajikan peminat ‘Masters of Spinjitsu’ dengan membawa watak-watak filem saiz sebenar menerusi acara ‘The LEGO NINJAGO Challenge’.
Butiran acara ‘The LEGO NINJAGO Challenge’ adalah seperti berikut:
- Lokasi: LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid
- Tarikh: Jumaat, 15 September – Ahad, 24 September 2017
Hasil kerjasama antara LEGO, 20th Century Fox Malaysia dan Box of Bricks akan mempromosikan blockbuster terbaharu di dalam francais LEGO dan memperkenalkan set mainan The LEGO NINJAGO MOVIE yang baru. Peminat LEGO serta pahlawan ninja yang terlatih bakal seronok dengan aktiviti hebat bertemakan The LEGO NINJAGO MOVIE, penampilan istimewa saiz sebenar watak kostum LEGO NINJAGO MOVIE yang disukai ramai dan cara menarik untuk menebus barangan LEGO!
Peminat tegar LEGO dan NINJAGO disajikan dengan aktiviti hebat di Sunway Pyramid seperti berikut:
- Acara ‘THE LEGO NINJAGO Challenge’
- Peluang bergambar dengan LEGO Ninja Kai, Llyod dan Jay!
- Cenderahati eksklusif LEGO NINJAGO Movie dan promosi set permainan
Jangan terlepas peluang untuk bergambar bersama Ninja Kai, Jay dan Llyod yang menyertai peminat pada Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum di Blue Concourse, Sunway Pyramid. Mereka akan buat penampilan pada:
- 15 September 2017 – 18 September 2017
- 22 September 2017 – 24 September 2017