Datang bulan. Benda yang setiap kaum hawa tak boleh elak.
Bila datang bulan, macam-macam hal boleh berlaku tapi sudah tentu alasan anda ‘I’m period, that’s why I’m behave like this’, pernah bukan?
Anda boleh jadi moody, mood tidak menentu bila datang bulan. Malah, seringkali mengeluarkan kata yang bukan-bukan seperti di bawah ini.
“Maaf, saya tak boleh kawal emosi, saya sedang period”
Ada setengah daripada kita yang mudah marah atau cepat naik angin akan sesuatu dan alasannya ialah dalam period jadi mood swing. Memang anda punya sifat marah jadi jangan jadikan period sebagai alasan.
“Saya boleh makan apa sahaja, saya layak”
Iyelah sedang dalam period jadi makanlah macam-macam.
“Bila period, mesti naik jerawat, stress sangat”
Ini seringkali terjadi pada penulis, bila datang bulan sahaja mesti naik 1 atau 2 jerawat di muka, memang tekanan sangat. Nak buat macam mana kena sabar sajalah.
“I hate everyone”
Semua wanita akan menjadi seorang yang sangat beremosi bila datang bulan, ada sahaja yang tak kena di mata, dimarahnya. Mungkin disebabkan anda berada dalam keadaan yang tidak selesa jadi anda tidak fikir bila berkata-kata.
“Malasnya nak pergi kerja”
Wanita benar-benar perlu dapatkan cuti bila tiba datang bulan, mungkin disebabkan period pain yang datang, atau mungkin mood tidak menentu menjadikan anda malas untuk buat kerja.
“Tak nak pakai seluar warna lembut, takut kena period”
Ini mungkin perkara biasa bukan, biasalah bila awal-awal period mungkin kuantitinya banyak tapi itu tidak bermakna sampai boleh bocor, asalkan betul pemakaian pad anda.
“Ada sanitary pads tak”
Perkara biasa kerana anda mungkin tidak alert bahawa hari itu merupakan hari bendera merah anda. Nasihat Wanista, sentiasa bawalah sanitary pads anda bersama.
“I’m not pregnant”
Jika ini terjadi pada pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan anak, mungkin ianya perkara yang menyedihkan.
“Period pain, tak larat nak buat kerja rumah”
Ada setengah wanita sebegini, bila datang bulan langsung tidak boleh buat kerja rumah, hanya baring sahaja. Ingaat, setiap orang lain-lain cara dia berdepan dengan period.
“Malunya nak keluar date dengan jerawat naik kat muka”
Sabar sajalah, nanti hilanglah jerawat anda. Cuba sembunyikan jerawat dengan mekap.
- Foto – Tumblr
Apapun sabar bila berdepan dengan mereka.