Hiburan

Serius Keliru?! Boy Band K-Pop Baru Ini Terlalu Cantik Kalah Perempuan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Serius Keliru?! Boy Band K-Pop Baru Ini Terlalu Cantik Kalah Perempuan

Lelaki ke perempuan ni?

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, New-Ace, merupakan boy band baru dari Korea Selatan yang masih belum membuat debut rasmi tetapi kehadiran mereka bukan sahaja hangat di negara sendiri malah serata dunia.

Apa tidaknya lihat sahaja penampilan anak muda yang terdiri daripada empat orang ahli ini, cukup membuatkan kita terbeliak melihatnya.

Dahulu dikenali sebagai J-Peace, kumpulan K-pop ini menarik perhatian media sosial selepas beberapa foto promosi mereka dikeluarkan agensi. Terdiri daripada Jion, Seunghoo, Jinseo, dan Sangwook (berusia sekitar 20an) telah bekerja keras mempromosikan diri mereka dengan membuat penampilan TV dan menghadiri pelbagai acara di seluruh negara.

Jion (Kim Jion), 30, vokal utama, ketua kumpulan, adalah model ulzzang yang dibesarkan di Okinawa, Jepun.

Foto – Nextshark

Sangwook (Lee Sangwook), 24, rapper. Pertama kali muncul dalam pertunjukan realiti survival Korea Selatan Boys24.

Foto – Nextshark

Seunghoo (An MyeongCheol) berusia 22 tahun sebelum ini merupakan artis solo.

Foto – Nextshark

Ahli termuda kumpulan itu ialah Jinseo (Shin Jinseob) berusia 21 tahun, ditugaskan menjadi rapper utama New-Ace.

Foto – Nextshark

Walaubagaimanapun, penampilan dan fizikal lebih-lebih lagi rupa mereka telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dari pengguna media sosial, bahkan ada yang mengkritik penggunaan pembedahan plastik yang terlalu ketara.

IKLAN

Ini antara kritikan mereka;

“Pada mulanya saya fikir ia adalah girl group sebelum saya membaca semula tajuk dan melihat ‘kumpulan lelaki’. No offense, tetapi foto profil Jion dan Sangwook cukup memalukan. Juga dengan mekap tebal, saya rasa mereka akan tampak lagi better tanpa semua itu.”

“Jumlah pembedahan plastik kumpulan ini sangat mengejutkan, terutama lelaki yang bernama Jion, wajahnya cukup menakutkan.”

“Kumpulan ini terlalu feminin, sangat menakutkan.”

Foto – Tumblr

Apa kata anda? Sorry to say, kumpulan ini terlalu cantik sehingga perempuan sendiri pun kalah.

SUMBER