Selepas tampil berani mendedahkan rahsia tentang pembedahan pemindahan buah pinggang yang dilaluinya, semalam penyanyi pop pujaan ramai, Selena Gomez yang popular dengan lagu “Bad Liar” itu sekali lagi menghadiahkan kejutan buat para peminatnya.
Biarpun dalam proses pemulihan, Selena bersemangat meneruskan kariernya namun kini adalah sebagai wajah jenama fesyen dan aksesori sukan ternama iaitu PUMA.
Mengikut jejak langkah Rihanna, Cara Delevingne dan Kylie Jenner, foto Selena mengenakan sepasang crop top dan seluar pendek tertera perkataan “PUMA” itu tersebar dan ternyata, selebriti berusia 25 tahun itu kini adalah wajah baharu yang membintangi kempen jenama tersebut.
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini teman lelakinya, The Weeknd juga merupakan wajah untuk koleksi sneaker PUMA Parallel.
Selena & The Weeknd menggayakan sneaker dari koleksi PUMA Parallel
https://www.instagram.com/p/BYRh-SugtKo/
Adam Petrick, Pengarah Global untuk Jenama dan Pemasaran PUMA berkata, “Selena adalah seorang yang berbakat, kreatif dan berani. Dia adalah ikon kepada semua wanita di luar sana.
“Baru-baru ini, beliau telah berlaku jujur mengenai penyakitnya dan itu telah membuktikan bahawa Selena adalah insan yang bisa menjadi simbol keyakinan, ketenangan serta keazaman yang tinggi untuk jenama PUMA,” tambah Adam.
Dalam kenyataan lain, Selena juga berkata yang dia sangat teruja untuk menyertai keluarga besar PUMA. “Saya berharap kami boleh mencipta sesuatu yang istimewaa bersama bahkan kini kami sedang dalam perancangan untuk membangunkan beberapa projek dalam masa terdekat,” tambahnya.
Menerusi sebuah posting di akaun Instagram beliau empat hari lalu, Selena menjelaskan bahawa dirinya telah menjalani satu pembedahan melibatkan pemindahan buah pinggang yang didermakan oleh sahabat baiknya, Francia Raisa.
BACA: Berdiam Diri Kerana Lupus, Selena Gomez Rupanya Jalani Pemindahan Buah Pinggang