Kemasan rekaan H&M untuk koleksi Musim Luruh 2017 ternyata mencuri mata dan buat penggemar fesyen tidak sabar untuk mendapatkan rekaan yang mencetuskan elemen glamor dan moden.
Rangkaian daripada kot blazers, pencil skrits dan blaus feminin dengan tambahan perincian yang membuatkan koleksi ini sesuai dipakai samada untuk majlis siang atau malam namun kekal tampil glamor.
Bukan sahaja koleksi yang menarik, malah filem kempen H&M Musim Luruh 2017 ekslusif dibintangi oleh supermodel terkenal dunia Naomi Campbell. Ia berkisarkan malam sekumpulan wanita glamor melayari malam di Tokyo.
“Tokyo semestinya destinasi pilihan saya. Untuk filem ini, saya memakai sut double-breasted didalam warna gelap dan ianya kegemaran saya dalam koleksi ini. Secara peribadi, saya akan pakai cara yang sama – walaupun blazer ini dibutang tapi anda masih boleh nampak bahagian dalam, jadi ia mengimbangi ciri feminin dan maskulin”
– Naomi Campbell
Suatu yang jarang berlaku, dalam filem kempen ini Naomi kelihatan sangat cool dan menyanyikan sebuah lagu lagak seperti rock-star.
Kempen H&M Musim Luruh (Fall) 2017 – Naomi Campbell
Koleksi Musim Luruh 2017 H&M bakal berada di stor dan di hm.com bermula 21 September 2017.