Oh! Kim Kardashian kenapa engkau 24 jam sempurna?
Pernah tak anda terfikir tidak penatkah Kim K menjadi figura yang boleh dilabel sebagai sempurna selama 24 jam 7 hari… Beliau tidak lelah untuk tampil cantik, anggun, elegan bersama trend fesyen yang tiptop.
Gambar selfie dan gambar-gambar dikejar paparazzi memang sukar untuk tampak cela.
Paling menarik kesan glowing pada wajah dan tubuh Kim K memang tak pernah lupus. Kilauan pada badan Kim K buat ramai tertanya-tanya rawatan spa yang beliau buat, makanan apa yang beliau amalkan sehingga beri kulit yang berseri-seri.
Dari laporan majalah Allure, rahsia badan Kim K sentiasa glowing ialah dari sapuan body highlighter!
Jadi bukanlah dari seri dalam atau pemakanan rupanya hanya dari satu produk highlighter, paling menariknya Kim K menggunakan highlighter dari jenamanya sendiri, KKW Beauty.
Teknik highlight badan seperti Kim K amat mudah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Sapu highlight pada sudut-sudut badan anda. Contoh, dibahagian dada untuk lebih menyerlahkan bentuk dada anda.
- Sapu juga pada kaki di betis dan pehat, elak dibahagian lutut kerana kesan highlighter boleh terkesan disitu.
Highlighter jenis stick beri efek lebih cantik dan tampak semulajadi berbanding highlighter jenis powder.
Tak sangka kan, bukan setakat muka sahaja Kim K highlight sampai dibadan pun mahu beliau mahu tampak glowing. Kalau anda ingin tampil glamor sepanjang masa boleh lah tiru teknik Kim K ni…