Tiada apa yang boleh dikaitkan lagi dengan bulan Oktober, ianya bulan dimana hidup anda akan diselubungi misteri dan hantu-hantu yang berkeliaran. Jika mimpi ngeri anda belum cukup menakutkan, cabar adrenalin takut anda di festival yang paling menakutkan di Malaysia di Nights of Fright 5 (NOF 5), Sunway Lagoon!
Bermula 7 hingga 31 Oktober 2017, Sunway Lagoon membuka lebih dari 10 pintu neraka untuk anda mengalami rasa ketakutan, paras degupan jantung yang pantas, bulu roma yang tidak henti meremang dan hilaian makhluk halus…
Mulai langkah berani anda di:
- The Island of The Dolls – pusat tarikan pelancongan di Mexico yang dihantui dengan patung kanak-kanak yang gila dan dirasuki sesuatu. Jangan sesekali anda lihat kedalam mata anak patung itu!
- Ouija – rasai bisikan misteri dari papan Ouija yang menghubungkan anda secara dekat dengan alam gelap.
-
Day Of The Dead In 3D – ingin mati? Ketahui alam mati anda sendiri di sini yang ditemani tangisan anak-anak kecil yang menyeramkan.
- Dystopia – Bilik gila yang dipenuhi pembedahan kejam pada tahun 2147. Jeritan, pekikan kesakitan dari rawatan kejam doktor terhadap pesakit buat anda trauma.
- Scream Park – Tempat ‘keras’ di mana Ghostbusters bertindak membunuh hantu, perlawanan diantara Pontianak vs Pocong dan Zombie Apocalypse yang tiada siapa akan bebas keluar.
- Horrorwood Boulevard – abadikan pengalaman menakutkan dengan karakter-karakter ikonik seram Hollywood seperti di karpet merah majlis anugerah berprestij.
- Zombie Pirates – berhadapan dengan sumpahan laut yang memaksa anda terjun kedalam laut jahat.
- Forest of Fear – laluan hutan yang penuh dengan kubur mati dan diserang hendap oleh sekawan Pocong dan Pontianak!
- Judgement Lane – lihat sendiri bagaimana banduan digantung secara hidup-hidup!
- March of The Undead – ikuti perbarisan hantu yang bakal menaikkan bulu roma anda.
Ada yang berani?
Tiket dan Masa Nights of Fright 5 (NOF 5)
Dibuka: Bermula 7 – 31 Oktober 2017 dari 7:30 malam hingga 11:30 malam
Tiket: RM64 (harga normal)
Anda teruja nak turut serta dalam festival ini? Wanista nak beri 10 pasang tiket ke festival NOF 5 kepada semua pembaca.
Nak menang tiket? Masuk peraduan yang tertera di bawah ini.
Syarat Pernyataan:
1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom.
2. Peraduan ini bermula dari 2 – 13 Oktober 2017.
3. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Pemenang bertuah akan diumumkan di saluran media sosial Wanista.
6. Pemenang dikehendaki datang ke pejabat kami untuk menuntut tiket. Alamat Lowyat MSC Sdn Bhd, B-6-3, Block B, Northpoint Office Suites, Mid Valley City, Medan Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Semoga Berjaya!
Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5639 0000 atau layari www.sunwaylagoo.com atau Facebook Sunway Lagoon Malaysia.