Tidak pasti kalau semua wanita mahu mempunyai saiz punggung yang besar atau tidak, tapi di Hollywood memiliki punggung yang mantap antara kualiti kecantikan yang dikejar.
Sudah menjadi lumrah buah dada dan punggung merupakan tarikan utama yang dipandang oleh lelaki. Cukup bangga wanita mempunyai dua aset yang tidak mungkin yang ada pada wanita lain. Namun tidak semua wanita bangga menayang aset yang mereka ada, sesetengah darinya mahu menyorok dan menganggap punggung yang besar cukup memalukan dan tidak sesuai dengan tubuh genit mereka, terutamanya orang Asia.
Kepada mereka yang malu tentang saiz punggung yang besar, ketahuilah saiz punggung anda bukan sahaja menyifatkan anda seseorang yang seksi dari segi fizikal tapi sihat dari sudut kesihatan. Wow!
Berbanggalah dengan punggung mantap anda kerana….
#1 Lemak punggung yang sihat
Lemak dipunggung penuh dengan yellow fat (lemak kuning) yang boleh bertukar kepada retinol (Vitamin A) apabila diperlukan.
#2 Naik tangga lebih mudah
Musuh utama = tangga, menaiki tangga memerlukan usaha keras otot bahagian bawah pinggang termasuklah otot gluteus maximus (otot punggung) iaitu otot paling kuat pada badan manusia. Si punggung besar lebih mudah mendaki berbanding mereka yang berpunggung kecil kecuali mereka mempunyai kaki yang kuat. Oopss…
#3 Boleh tahan lapar
Tiada masalah untuk si punggung besar untuk menahan lapar kerana lemak lebihan yang disimpan boleh bekerja sebagai backup plan untuk kes kecemasan seperti ini.
#4 Melindungi bahagian bawah badan
Punggung kecil menyebabkan lebih mudah mendapat serangan kejang di belakang badan, pinggang, lutut kerana apabila berjalan kerana ia terpaksa menggunakan otot-otot yang lebih kecil. Berbanding dengan mereka yang punggung besar, masalah kejang no problem!
#5 9 bulan yang lebih selesa!
Ibu mengandung yang mempunyai punggung besar dan lebar lebih selesa ketika mengandung. Ia membantu mengimbangi berat perut dan memudahkan pergerakan kerana berat bayi dalam perut boleh menyebabkan rasa ketegangan tulang belakang.
#6 Memperbaiki postur badan
Punggung yang besar dan kuat boleh melenturkan dan menyelarikan bentuk tubuh badan tampak lebih menarik. Selain itu, ia juga mengurangkan rasa sakit akibat duduk terlalu lama.
#7 Risiko kencing manis rendah
Jika punggung anda lebih besar dari saiz pinggang, semakin rendah risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes.
Bonus! – Anak lebih bijak? Menurut dari kajian yang dikongsi oleh Huffington Post lemak di punggung dan peha mempunyai kelebihan dalam menyimpan lemak asid omega-3. Para saintis percaya susu ibu yang berpunggung besar mampu memberi kebaikan omega-3 kepada bayi mereka. Ianya bagus untuk otak, sistem saraf, penghilatan dan mungkin untuk otak bijak kanak-kanak.
Masih malu lagi? Show ’em off!