Baru-baru ini, telah berlangsungnya pertunjukan fesyen besar-besaran yang melihatkan jenama-jenama fesyen gergasi dari seluruh dunia untuk tampil mempersembahkan koleksi musim bunga 2018 di Minggu Fesyen New York (NYFW).
Berbalik pada zaman 1993, COACH yang merupakan jenama asli kelahiran Kota New York mengetengahkan elemen klasik dalam helaian musim bunga terkininya.
Rekaan slip dress menjadi persalinan utama untuk wanita yang dipamerkan di pentas NYFW tempoh hari.
Bisa dipadankan dengan seleksi ksesori bergaya untuk gadis urban yang gemar berparti, COACH juga menerapkan elemen ceria ke dalam setiap rekaan termasuklah penggunaan corak “prairie”ala hawaii agar bisa menyerlahkan konsep musim bunga yang cuba disampaikan.
Pakaian luar untuk lelaki seperti jaket biker dan varsity juga menjadi titik pandangan utama yang mampu menyumbang gaya santai buat para lelaki yang gemarkan gaya mewah namun masih kelihatan santai.
Menyambut semangat kesatuan untuk menggalakkan individu menyerlahkan sifat peribadi diri, COACH turut memperkenalkan kembali rekaan The Mailbox Bag edisi 2017 yang dahulunya dicipta oleh Bonnie Cashin pada tahun 1972.
Dari segi palet warna pula, rona biru, merah hati, emerald dan merah jambu menjadi keserasian kepada sinergi koleksi kali ini manakala, perincian corak funky dan taburan sequin bantu bangkitkan jiwa hip urban. Untuk keterangan lanjut, sila klik [malaysia.coach.com]