Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat sehingga meragut nyawa 23 insan paling mulia.
Ramai yang menzahirkan rasa duka dan kesal dengan pemergian mereka. Bukan sahaja dari netizen, malah dari penggiat seni juga meluahkan rasa sedih dengan apa yang ditimpa oleh anak-anak syurga tersebut.
Baca: Ucapan Takziah & Doa Selebriti Malaysia Kepada Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Tidak terkecuali Amir Jahari yang memukau para penonton ketika mendendangkan lagu Laskar Pelangi sewaktu Konsert AF Megastar 2017 malam tadi.
Menerusi laman Facebooknya, Amir memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat 23 mangsa yang telah terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Khamis lalu.
“Saya dedikasikan lagu Laskar Pelangi ini khusus buat 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT. Juga buat keluarga dan yang tersayang mereka yang terpaksa melalui saat-saat sukar sebegini. Semoga doa kami dapat meringankan beban di hati mereka,” tulisnya.
Ihsan video dari Youtube putry qaseh
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi dan diharapkan keluarga mangsa terus tabah menghadapinya.