Kebiasaanya lelaki sinonim dengan permainan bola sepak, dari pemain sehinggalah kedudukan yang paling atas majarotinya kaum lelaki. Kini tampil pula dengan dominasi kaum wanita yang juga tidak mahu ketinggalan dalam sukan bola sepak yang menjadi kegilaan didunia. Jika di seberang negara iaitu di Thailand, kecoh dengan kehadiran pengurus bola sepak (U22) mereka, Watanya Wongopasi.
Di Malaysia pula semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gempar dengan kemenangan Bibi Ramjani Ilias Khan yang sekaligus dilantik sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.
Pemilik Desa Murni Batik itu berjaya mendapatkan 32 undi sekaligus menewaskan Naib Presiden KAFA iaitu Muhammad Nasir yang memperoleh sebanyak 19 undi.
Meskipun pada awalnya proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali kerana jumlah undi yang diperoleh Bibi Ramjani pada kali pertama meraih 32 undi kerana jumlah tersebut tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 bagi jawatan presiden.
Bagaimanapun, keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.
Pelantikan Bibi Ramjani benar-benar mengubah corak permainan bola sepak negeri Kelantan dan negara. Menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA.