Young Love!
Kalau masyarakat kita mungkin boleh ibaratkan mereka berdua ini seperti cinta monyet kerana keduanya masih muda, masih 20-an tetapi para peminat Zayn Malik dan Gigi Hadid merasakan percintaan mereka berdua sememangnya #RelationshipGoals, terlalu manis untuk diungkapkan melalui kata-kata. Gitewww….
Mendapat gelaran ‘power couple’. Zayn Malik walaubagaimanapun dalam program Evening Standard menolak gelaran tersebut. Dia sama sekali tidak mengharapkan gelaran, bahkan mereka berdua sama seperti pasangan bercinta yang lain, memasak, menonton TV dan bergembira.
Baca: Zayn Malik Dan Gigi Hadid Tak Mahu Digelar ‘Power Couple’
Apapun mereka berdua memang sweet dan tidak segan silu mempamerkan kemesraan di depan khalayak.
#1 Bila Gigi Hadid muncul dalam muzik video Zayn Malik ‘Pillow Talk’
#2 Di karpet merah Met Gala 2017
#3 Menjadi muka depan untuk Vogue
#4 Ke Itali untuk melakukan photo shoot bersama Vogue
#5 Yes! Raikan perayaan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga masing-masing walaupun status agama pasangan ini dipersoalkan
Baca: Zayn Malik & Gigi Hadid Sambut Hari Raya Aidiladha
#6 Happy Birthday Gigi! Gigi Hadid berkongsi gambar bersama Zayn meraikannya bersama
#7 Sama-sama duduk di barisan hadapan untuk Versus Versace di Minggu Fashion London
#8 Bila mana Zayn terpaksa membatalkan show kerana sakit anxiety, Gigi Hadid meluahkan rasa simpati dan sokongan di Twitter.
#9 Tak lengkap kalau tak selfie
#10 Perlu diperkatakan lagi ke? Lihat sahaja bertapa bangganya Gigi miliki Zayn sebagai teman lelaki sehingga jeans disulam nama Zayn. Seriously #RelationshipGoals!
#11 Orang kata kalau nak anak, kena ambil hati orang tuanya
Anda pula apa moment paling manis bersama yang tersayang? Kongsilah dengan Team Wanista!