MAC Cosmetics terusan melancarkan kolaborasi kosmetik satu demi satu. Dan terkini, jenama kecantikan paling unggul itu bekerjasama dengan bintang K-Pop, Lee Hi, ini sekaligus membuatkan pencinta k-beauty teruja.
https://www.instagram.com/p/BT_Nr0IgxAg/?taken-by=leehi_hi
Kerjasama MAC Cosmetics x Lee Hi adalah sebahagian daripada kempen MAC Future Forward. Koleksi kali ini, Lee Hi telah bekerjasama dengan MAC untuk mencipta gincu matte rona merah inspirasi daripada gaya peribadinya dan muzik “retro-upbeat”.
Bukan itu sahaja, pembungkusan untuk koleksi edisi terhad ini juga sangat menarik, datang dalam pakej merah jambu bubblegum yang terang, sesuai dengan usia Lee Hi yang di awal 20-an.
Koleksi edisi terhad MAC Cosmetics X Lee Hi (RM82.00) kini sudah berada di pasaran.