Melalui program realiti TV “Off the Record: Suzy”, pelakon dan penyanyi Bae Suzy mendedahkan rumahnya buat pertama kali kepada umum. Sesuatu yang langsung tidak dijangka oleh para peminatnya atas keberanian berkongsi kehidupan peribadi untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Bukan calang-calang, dilaporkan pangsapuri Suzy mencecah sehingga 3.1 billion KRW (sekitar $2.7 juta USD) terletak di Samseong, salah satu kawasan paling mewah di Seoul.
Suzy juga mendedahkan bahawa dia tinggal bersendirian di kediaman dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air itu.
Rata-rata netizen yang menonton kagum dengan dekorasi yang simple, dari perabot sehinggalah ke hiasan dalaman mewah.
Satu lagi perkara Suzy membuktikan dia juga seperti kita, kadang-kala rumah akan berselerak dan baju bertimbun tidak dibasuh kerana tidak mempunyai masa. Yang ini menunjukkan di hadapan kamera mereka cantik dan penuh etika tetapi di sebalik itu, mereka juga normal seperti kita.
Anda boleh tonton realiti TV Suzy, serius ianya menarik dan kaum wanita pasti akan cemburukan kulit Suzy yang putih melepak dan bersih.
Kalau diperhatikan rumah Suzy kelihatan seperti rumah Carrie Bradshaw dalam Sex and the City, lebih-lebih lagi dengan bahagian closet besar di antara bilik tidur dan bilik air.