Semua orang sukakan ais krim!
Istimewa untuk semua rakyat Malaysia 16 September ini, jenama Ais Krim tersohor di Malaysia, Baskin Robbins akan menganjurkan “Free Scoop Night” untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia dengan memberi peluang kepada semua menikmati keenakan ais krim bersama teman-teman serta kaum keluarga tercinta.
Ayuh datang ke mana-mana cawangan Baskin Robbins seluruh Malaysia untuk menebus satu skop ais krim Jr. Scoop secara percuma!
Bermula dari jam 8 hingga 10 malam, acara “Free Scoop Night” ini pasti gempak dengan kehadiran orang ramai yang berpakaian serba patriotik sama ada jersi sukan mahupun pakaian seragam yang melambangkan kemegahan kita kepada Malaysia.
Dalam masa yang sama acara ini juga bagi meraikan kemenangan besar yang dikecapi pasukan atlet Malaysia ketika sukan SEA yang lepas.
Seorang hanya layak menerima satu junior scoop ais krim dari Baskin Robbins. Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Baskin Robbins Malaysia di [www.facebook.com/MYBaskinRobbins]