Ramai menginginkan bibir seperti Kylie Jenner, besar dan penuh. Pelbagai cara digunakan bagi mendapatkan bibir sedemikian.
Ada yang menggunakan petua tradisional, wanita Perancis menggunakan krim mata, ada yang sanggup berhabisan dan bersakitan untuk tatu garis bibir serta pelbagai lagi.
Khloe Kardashian membocorkan rahsia di sebalik bibir sensual yang dimiliknya adalah hasil daripada satu alat ini. Lip liner!
- Foto – Arkib Wanista
Untuk solekan harian, Khloe kerap bergantung kepada lip liner daripada menggunakan lipstick. Dari semua pewarna bibir yang pernah dicuba, lip liner mempunyai tekstur yang lebih tahan lama di kulit bibir.
Khloe yang berkongsi obsesinya dengan lip liner di laman web, mengakui dia tidak akan keluar jika tidak memakai lip liner.
“I’m OBSESSED with lip liners. If I’m wearing color on my lips, I always line them first. And if a makeup artist doesn’t line my lips, we’re gonna have a problem, LOL!”
Berikut koleksi lip liner kegemaran Khloe.
Charlotte Tilbury Lip Liner In Iconic Nude
- Foto – Arkib Wanista
Mac Lip Liner In Dirty Rose
- Foto – Mac
Make Up For Ever Waterproof Liner In Dark Chocolate Brown
- Foto – Arkib Wanista
Armani Smooth Silk Lip Pencil
- Foto – Arkib Wanista
Estee Lauder Lip Pencil In Brick
- Foto – Arkib Wanista
Urban Decay Lip Pencil In Stark Naked
- Foto – Arkib Wanista
Tips untuk mendapatkan bibir sensual ala Khloe Kardashian ini menarik untuk dicuba, anda tak perlukan pembedahan, hanya lakukan sendiri di depan cermin sahaja.
Tapi melihat penampilan Khloe sekarang, tipulah kalau dia tidak melakukan ‘sesuatu’ di wajah. Sumpah dia nampak lain sangat.
Selamat beramal!