Info Menarik

Tetley : Perisa Teh Penuh Aroma Inspirasi Britain Kini di Malaysia

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Tetley : Perisa Teh Penuh Aroma Inspirasi Britain Kini di Malaysia

Jika anda penggemar teh, pasti anda teruja dengan berita ini kerana jenama teh terkenal dari Britain ‘Tetley’ melancarkan pelbagai perisa tehnya ke dalam pasaran Malaysia.

Sebagai salah satu jenama teh terbesar di dunia yang terdapat di lebih 40 negara, Tetley membawakan kombinasi kepakaran dan warisan kegemilangan British selama lebih 175 tahun ke Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Gabungan pengalaman pasukan Pakar Teh profesional yang mencecah lebih 1,000 tahun menjadikan kepakaran adunan teh Tetley tiada tandingan. Hanya daun teh terbaik dipilih untuk menghasilkan adunan bermutu tinggi jenama tersebut, yang diukur menggunakan bahasa Uhuru yang unik. Sama ada anda menggemari teh Hitam, Hijau atau Herba, teh Tetley menepati semua keperluan dan cita rasa.

Foto – Arkib Wanista

Daun Teh Hitam Tetley diadun khas oleh Pakar Pengadun Tetley untuk menghasilkan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia. Anda juga boleh menambah sentuhan kelainan ke dalam rutin harian anda dengan perisa English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice daripada Tetley. Kesegaran dan aroma Tetley Green Tea (Teh Hijau Tetley), Green Mint Tea (Teh Pudina Hijau) atau Jasmine Green Tea (Teh Hijau Melur) pasti diminati oleh penggemar teh, manakala teh Camomile Tetley memberikan sentuhan kelembutan dan ketenangan untuk berehat selepas seharian bekerja.

Foto – Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.tetley.com.

Komen Anda