Kesihatan

Apa Jadi Bila Makan Campuran Bawang Putih & Madu?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Apa Jadi Bila Makan Campuran Bawang Putih & Madu?

Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.

Ibu dalam pantang sering mengamalkan petua menyumbat telinga dengan bawang putih untuk memanaskan badan serta menghalang dari ‘masuk angin’. Sumber: tribunnews.com

Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.

Sumber: Youtube

Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong. 

Pulih Masalah Kulit

  • Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh
  • Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain

Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh

  • Pulih cirit-birit serta sembelit
  • Bantu mengeluarkan asid urik dari badan
  • Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan
  • Memelihara hati dan bantu membakar toksin
  • Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
  • Baik juga buat individu yang keracunan makanan
Sumber: Youtube

Melawan Penyakit Kronik

  • Pulihkan Diabetes
  • Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus
  • Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk
  • Legakan selesema
  • Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)

Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal

  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh 
  • Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan
  • Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung

Tips!

Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.

Cuba amalkan amalan ini selama 7 hari dahulu dan lihat hasilnya. 

Resepi Campuran Madu dan Bawang Putih

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda