Perubahan wajah Kylie Jenner boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ramai yang mahu bibir menggiurkan seperti dia. Tapi tahukah anda Kylie menyuntik bibir seawal umur 15 tahun?!
Jika kita dahulu seawal remaja langsung tidak peduli bab kecantikan lagikan bab melibatkan pembedahan. Lain dengan Kylie yang mendakwa dia menghadapi masalah kurang keyakinan diri lebih lagi dibahagian bibirnya.
“Saya mempunyai bibir yang sangat nipis, pada ciuman pertama saya, seorang lelaki pernah memberitahu ‘Saya tidak rasa kamu akan beri ciuman yang hebat kerana bibir kamu nipis'”
Kata-kata lelaki tersebut memberi tamparan hebat pada Kylie, sehingga akhirnya dia tekad untuk melakukan suntikan bagi membesarkan bibir.
https://www.instagram.com/p/BY2NLEMAuqp/?taken-by=kyliejenner
Ada juga khabar angin yang mengatakan Kylie menambah suntikan untuk membesarkan lagi bentuk bibir, namun semua itu hanyalah kesan memuncungkan bibir. Jelas Kylie, gambar-gambar swafoto di Instagram dia sunting supaya bibir kelihatan lebih besar.
“Gambar saya, saya banyak memuncungkan bibir. Bagi saya bibir tebal sangat menarik”
https://www.instagram.com/p/BXbCNSLFwXx/?taken-by=kyliejenner
Tambah Kylie lagi, ini semua kerana rasa kurang yakin dalam dirinya.
“Saya mengaku tentang bibir, tapi ramai yang terlalu cepat menghakimi saya dengan semua perkara, jadi saya terpaksa perlahan-lahan membuka kebenaran, saya tidak tipu sesiapa pun”