Kecantikan

Rasai Sentuhan Penjagaan, Kesegaran & Kecantikan Rambut Dengan L’Occitane Aromachologie

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Rasai Sentuhan Penjagaan, Kesegaran & Kecantikan Rambut Dengan L’Occitane Aromachologie

L’Occitane sentiasa dikenali kerana memilih bahan yang terbaik untuk semua produk keluarannya. Begitu juga dengan rangkaian produk penjagaan rambut Aromachologie. Formulanya diperkasakan dengan bahan paling tulen dan bermutu paling tinggi menerusi pelbagai ujian untuk mencapai keberkesanan yang terbukti untuk rambut.

Foto – Tumblr

Minyak pati adalah bahan terbaik untuk penjagaan rambut kerana ia mudah meresap ke dalam kulit kepala, membolehkan nutrien sampai ke akar rambut. Ini juga merangsang peredaran mikro kulit kepala dan menjadikan kulit kepala dan rambut lebih sihat dan subur. Bekalan darah secukupnya ke kulit kepala dan kulit kepala yang sihat penting untuk menyihatkan dan menguatkan rambut.

Foto – Arkib Wanista

Pokok zaitun adalah khazanah alam & simbol keunggulan L’Occitane. Kami kagum dengan ciri-ciri dan kekuatannya yang sukar dipercayai, lalu menerapkan kuasanya ke dalam rangkaian produk Nourishing baru kami untuk penjagaan rambut. Dihasilkan untuk rambut normal hingga sangat kering dan rosak teruk, tekstur pekat berkrim membawakan khasiat kebaikan yang diperlukan oleh rambut anda. Rambut anda lembut dan menawan, bagaikan sinaran matahari yang menerangi Provence. Ia juga melindungi rambut anda daripada kerosakan, agar sentiasa cantik walau apapun gaya dandanan!

Rasai sentuhan penjagaan, kesegaran dan kecantikan rambut L’Occitane Aromachologie sekarang. Produk baharu ini boleh didapati di semua butik L’Occitane dari 1hb September 2017.

Komen Anda